Saturday, April 19, 2025
HomeKehidupanPuan Idayu: Inspirasi Wanita Cekal Menghadapi Kanser Tahap 4

Puan Idayu: Inspirasi Wanita Cekal Menghadapi Kanser Tahap 4

Kisah ketabahan Puan Idayu telah dikongsi oleh laman page Siakap Keli dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada Netizen.

Rata-rata netizen memuji kecekalan Puan Idayu dalam menghadapi kanser tahap 4 masih cekal menempuhi kehidupan demi anak-anak tercinta.

Difahamkan, Puan Idayu berniaga secara kecil-kecilan kuih muih berhampiran rumahnya di Perumahan Program Awam Kos Rendah Jalan 13, Salak Selatan. Beliau yang merupakan ibu tunggal itu begitu gigih mencari rezeki untuk membesarkan 3 orang anaknya yang masih kecil.

Beliau masih mendapat rawatan rawatan kanser di HUKM dan juga merupakan salah seorang penerima bantuan zakat dari Baitulmal.

Kita doakan agar Puan Idayu diberi kesembuhan dan dimurahkan rezeki untuk membesarkan anak-anak.

Bagi yang ingin menyumbang kepada Puan Idayu, sila rujuk gambar di bawah yang tertera no akaun beliau.

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular