Bayangkan apa perasaan seorang ibu yang terpaksa merelakan anak perempuannya yang berusia lima tahun dijemput dengan ambulans tanpa ditemaninya dan dibawa ke hospital selepas disahkan positif Covid-19.
Video yang dirakam oleh ibu berkenaan yang dikenali sebagai Ira Hazwani menarik perhatian warganet setelah video tersebut tular di media sosial.
Dalam video tersebut kelihatan sebuah ambulans sedang menunggu kanak-kanak berkenaan untuk membawa anaknya ke hospital.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Safiyya kelihatan berjalan seorang diri dan dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan di Pusat Kuarantin Covid-19.

Situasi menjadi sayu dan sebak kerana Safiyya sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya ibunya turut sama menjaga diri sebelum dia melambai bergerak kea rah ambulan yang sedang menunggu.
“Bye Mama”
“Ok, bye bye kakak. Jaga diri”
“Mama pun jaga diri”
“Jangan nangis Ok”
“OK”
Begitulah antara perbualan dalam rakaman video yang berdurasi 11 saat berkenaan.
Ibu kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Ira Hazwani disahkan negatif jangkitan Covid-19 dan jika beliau ingin bersama Safiyya beliau terpaksa membawa seorang lagi anaknya yang berusia 3 tahun sekaligus mendedahkan risiko jangkitan jangkitan.

Difahamkan bapa Safiyya turut disahkan Covid-19 dan menerima rawatan di Taman Expo Pertanian Malaysia, Serdang MAEPS sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur. Hasil usaha Kementerian Kesihatan, 2 beranak berkenaan di Hospital sama untuk rawatan.