Bagi mereka yang sudah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP pada awal bulan yang lalu pasti tidak sabar ingin membuat semakan Pengeluaran Khas KWSP.
Ada yang mohon maksimum 10K, dan ada juga yang kurang daripada itu. Mungkin kerana baki dalam akaun KWSP tidak mencukupi.
Pastinya ramai pemohon yang berharap agar permohonan KWSP ini diluluskan.
Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Ahli boleh buat semakan status kelulusan di portal kwsp melalui link berikut;
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Status Permohonan ini hanya boleh disemak mulai mulai 9 April 2022 melalui:
- Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my ; atau
- Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Kenapa Ada Lulus dan Tidak Lulus?
Menurut KWSP, semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

Kelulusan Pengeluaran Khas
Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;
- Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
- ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
- Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
- Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Tarikh Bayaran
Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 dalam dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Cara Bayaran
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Permohonan Pengeluaran Khas
Bagi mereka yang belum membuat permohonan ini, masih boleh memohon sehingga 30 April 2022.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Untuk makluman, Permohonan Pengeluaran Khas hanya dibenarkan sekali sahaja.
Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
Pemohon tidak perlu;
- Mengakses i-akaun
- Mengunjungi kiosk
- Mengunjungi cawangan

Penukaran Nombor Telefon TAC/OTP KWSP
Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC/OTP hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari.
Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya.
Namun, jika nombor telefon terkini yang digunakan belum berdaftar dengan KWSP, anda masih boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Khas melalui portal: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dengan menjawab soalan keselamatan yang disediakan.
Sebagai makluman tambahan, Pengeluaran Khas boleh dibuat melalui portal yang disediakan (tanpa perlu menjawab soalan keselamatan) selepas 24 jam dari masa pengemaskinian nombor telefon di kios/kaunter KWSP. Tempoh permohonan dibuka dari 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Info dan Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai semakan pengeluaran khas KWSP ini adalah sebagaimana berikut;
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
- Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
Soalan Lazim (FAQ) Semakan Pengeluaran Khas KWSP
Mulai 9 April 2022 (Sabtu)
1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my ; atau
2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Semakan status permohonan adalah prosedur umum permohonan bagi membolehkan pemohon membuat semakan dan memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.
Mulai 20 April
