Sunday, October 6, 2024
HomeInfoBKM Semakan Status Fasa 3 dan Semakan Rayuan BKM 2022

BKM Semakan Status Fasa 3 dan Semakan Rayuan BKM 2022

Semakan Status Pembayaran BKM Fasa 3 & Semakan Keluluan Rayuan BKM (September 2022)

Sebagaimana pengumuman Perdana Menteri pada 16 September yang lalu,, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 (Selasa).

Bagi penerima fasa 3 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) yang ingin mengetahui status terkini pembayaran dan status kelulusan rayuan, semakan boleh dibuat di portal rasmi MyBKM.

Sebagai makluman, BKM merupakan bantuan tertinggi setakat ini berbanding BRIM, BSH, BPR, BKC dan lain-lain bantuan.

Bayaran Fasa 3 melibatkan tiga kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas bujang / tiada pasangan dan bujang di mana setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

Cara Semakan Status BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM

Status Pembayaran Fasa 3 BKM dan Rayuan  boleh dibuat dengan 2 cara iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
  • Klik Semakan Status

Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 3 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
Terlupa Password (kata laluan) My BKM

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Kelayakan Penerima BKM 2022

Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 September, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Tarikh bayaran BKM Fasa 3

Tuntutan BKM Tunai di BSN

Bagi bayaran secara  tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut. 

Notis BKM Fasa 3 dan Rayuan BKM BSN

Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN

Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.

Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.

Notis pemakaian pelitup muka di premis BSN

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Jumlah bayaran bagi fasa 3 sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM200
  • 1-2 anak – RM300
  • 3 anak & ke atas – RM400

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM100
  • 1-2 anak – RM100
  • 3 anak & ke atas – RM100

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM700

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM400
  • 1-2 anak – RM400
  • 3 anak & ke atas – RM400

iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM800
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM600

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan RM0-RM2500

  • RM150

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM0-RM5000

  • RM150

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah umlah bayaran BKM Fasa 3
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak umlah bayaran BKM Fasa 3

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) 
    1. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
    2. Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

FAQ (Soalan Lazim) BKM Semakan Status Fasa 3

Bagaimana Cara Semakan Semakan Secara Online?

https://bkm.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3?

Mulai 20 September 2022 (Selasa) secara berperingkat.

Berapa jumlah bayaran BKM Fasa 3?

Antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
Bagi penerima rayuan BKM, bayaran sehingga RM2,350.

Berapa jumlah bayaran untuk kategori Bujang?

RM150

Siapa yang dapat bayaran RM900?

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] yang berpendapatan RM0 – RM2500 serta mempunyai 3 anak & ke atas.

RELATED ARTICLES

Most Popular