Sunday, September 25, 2022
HomeInfoKadar Dividen Bank Rakyat 2022 dan Cara Semakan

Kadar Dividen Bank Rakyat 2022 dan Cara Semakan

Berita baik buat anggota/pemegang saham Bank Rakyat. Bank rakyat telah mengumumkan dividen dan prestasi kewangan kumpulan Bank Rakyat pada 25 April 2022 jam 11.15 pagi secara langsung di laman media sosial rasmi Facebook @myBankRakyat.

Pada tahun ini, Bank Rakyat masih dilihat berada pada landasan yang tepat untuk mengekalkan prestasi bayaran dividennya pada tahun 2022.

Untuk rekod,  Bank Rakyat menunjukkan prestasi yang baik dalam memberi dividen kepada ahlinya. Jumlah dividen sejak 23 tahun yang lalu masih kekal berjumlah 2 digit.

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM109.62 bilion berakhir Disember 2019.

Jumlah Dividen Bank Rakyat 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021

Berapa jumlah dividen Bank Rakyat 2022?

Dalam siaran langsung Pengumuman Dividen Bank Rakyat dan Prestasi Kewangan berakhir 31 Disember 2020, Menteri Pembangunan Usahahawan dan Koperasi YB Tan Sri Noh bin Haji Omar mengumumkan Dividen Bank Rakyat 2022 ialah sebanyak 15%.

Untuk rekod, pada tahun lepas (2021), jumlah dividen yang diumumkan adalah sebanyak 13% bagi tahun kewangan berakhir 2020.

Pada tahun ini, dividen telah meningkat 2% berbanding tahun lepas, seterusnya mengekalkan kadar 2 digit sejak 23 tahun yang lalu.

Dengan pengumuman ini, Bank rakyat dilihat masih konsisten dalam memberikan dividen yang tinggi  kepada ahlinya untuk 8 tahun kebelakangan ini.

Jumlah tertinggi untuk tempoh 8 tahun yang lepas adalah 16% manakala yang terendah adalah 13%.

Jumlah Dividen Saham Keanggotaan Bank Rakyat Bagi Tahun Yang Lepas

Tahun
Kewangan
Jumlah
Dividen
202113%
202013%
201914%
201813%
201716%
201615%
201513%
201415%

Tarikh Bayaran Dividen

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar mengumumkan pembayaran akan mula dikreditkan ke dalam akaun masing-masing bermula pada 25 April 2022.

Semakan Dividen Bank Rakyat

Tahukah anda, dividen Bank Rakyat boleh disemak dengan pantas melalui perbankan internet iRakyat tanpa perlu ke mana-mana cawangan? Lebih ketenangan, lebih pantas, lebih menjimatkan!

Namun jika anda tidak mempunyai perbankan internet iRakyat, bolehlah membuat semakan dividen ini di mana-mana kaunter cawangan Bank Rakyat berhampiran.

Bagaimana Ingin Melabur  dan Tambah Saham Dalam Bank Rakyat?

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana ingin melabur dalam saham Bank Rakyat atau ingin menjadi anggota dalam pelaburan ini.

Dimaklumkan bahawa bermula 06 Januari 2014, semua permohonan menjadi anggota baru adalah di TUTUP. Dengan itu pembelian / langganan baharu atau penambahan saham keanggotaan sedia ada telah dibekukan.

Selaras dengan notis yang telah dikeluarkan, semua permohonan penambahan saham keanggotaan telah dibekukan. Pihak Bank Rakyat hanya akan mengumumkan sekiranya terdapat penawaran baharu untuk penambahan saham keanggotaan dan pengumuman akan dilakukan melalui media massa utama.

Bila Agaknya Bank Rakyat Akan Membuka Semula Permohonan Baharu?

Pembelian / langganan baharu atau penambahan saham keanggotaan sedia ada masih belum dibuka. Pihak Bank Rakyat hanya akan mengumumkan sekiranya terdapat penawaran baharu untuk penambahan saham keanggotaan dan pengumuman akan dilakukan melalui media massa utama.

Permohonan Pindahan Saham Daripada Seorang Anggota Kepada Anggota Yang lain

Permohonan pindahan saham daripada seorang anggota kepada seorang anggota yang lain (Pindahan untuk anggota-anggota perseorangan sahaja) boleh diterima diperingkat cawangan dengan syarat pemindah hendaklah mendapatkan seorang anggota yang bersetuju untuk menerima pindahan.

Pindahan saham ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Bank Rakyat Seksyen 22 seperti yang berikut:

– Anggota individu kepada anggota individu yang lain.
– Anggota kepada keluarga/waris terdekat (kedua-duanya telah menjadi anggota).
– Anggota kepada keluarga/waris terdekat (belum menjadi anggota).
– Anggota (simati) kepada penama atau waris dilantik.
– Koperasi anggota dengan ahlinya.

Pindahan saham boleh dibuat dengan mengisi Borang Pindah Milik Syer (SKB9) dan Borang Surat Ganti Rugi (SKB14A) dan boleh didapati dimana-mana cawangan Bank Rakyat.

Namun begitu, pindahan saham dari mana-mana anggota kepada anggota yang lain boleh dilakukan tertakluk di atas persetujuan Lembaga Pengarah. Tanpa memberi apa-apa sebab, Lembaga Pengarah boleh menolak sebarang permohonan pindahan saham. Pindahan saham hanya akan berkuat kuasa setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Info dan Pertanyaan

Untuk sebarang info lanjut dan pertanyaan sila hubungi;

No Tel1-300-80-5454
Laman webhttps://www.bankrakyat.com.my/
Facebookhttps://www.facebook.com/myBANKRAKYAT
Twitterhttps://twitter.com/myBANKRAKYAT

Dapatkan koleksi dan template akaun bank yang memudahkan peniaga online meletakkan nombor akaun masing-masing bagi tujuan perniagaan.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular