Wednesday, September 27, 2023
HomeInfoCara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis, Kedai dan Majlis Perkahwinan

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis, Kedai dan Majlis Perkahwinan

Dalam usaha mendepani pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia memberi peringatan kepada pemilik premis, kedai atau penganjur majlis agar menyediakan QR Code melalui aplikasi MySejahtera selain daripada memastikan pengunjung melakukan saringan suhu. 

Namun, sekiranya tidak dapat menyediakan QR code, pastikan pengunjung merekodkan kehadiran di dalam buku. 

Ia bertujuan membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. 

Pada masa yang sama, kaedah ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. 

Apa itu MySejahtera Check-In

Peringatan MySejahtera Kepada Pemilik Premis dan Orang Awam
Kredit Photo Kementerian Kesihatan Malaysia

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan  QR Code MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Kelebihan Menggunakan QR Code MySejahtera Check In Berbanding Tulis Dibuku

Dalam dunia teknologi kini, sudah pasti penggunaan aplikasi dalam sesuatu perkara memudahkan urusan seharian. 

Begitu juga penggunaan aplikasi MySejahtera oleh pengguna atau pemilik premis serta penganjur mempunyai beberapa kelebihan berbanding menulis nama pelawat atau pengunjung menggunakan buku. 

Antara kelebihan penggunaan kod QR  ialah;

  1. Dapat menjimatkan masa, hanya scan dan terus maklumat disimpan dalam sistem MySejahtera. 
  2. Menjimatkan penggunaan buku dan pen. 
  3. Mengurangkan sentuhan di kertas dan pen. 
  4. Memudahkan pengesanan kontak rapat kes sekiranya pengunjung didapati positif covid19. 

Cara Daftar dan Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis atau Majlis Perkahwinan 

Jika anda pemilik premis, kedai, restoran atau ingin menganjurkan majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya daftar QR Code anda dengan langkah mudah ini. 

1) Buka Laman Web MySejahtera

Daftarkan diri anda sebagai pemilik premis atau penganjur majlis di laman web ini

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

2) Masukkan No Telefon Atau Emel Dan Tekan Daftar 

Cara Daftar Qr Code MySejahtera (langkah pertama)

Sekiranya anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon, masukkan nombor telefon anda yang bermula dengan 6. Contohnya 60123456789. Kemudian klik pada kotak i’m not robot dan seterusnya klik pada butang register.

Atau jika anda memilih untuk mendaftar menggunakan email, klik pada perkataan emel yang berwarna biru. 

3) Masukkan Kod OTP (Untuk Telefon) atau Klik Pautan Email yang Didaftarkan

Cara Daftar Qr Code MySejahtera (langkah kedua)

Kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang didaftarkan melalui SMS. 

Semak SMS anda.

Cara Daftar Qr Code MySejahtera (Kod OTP melalui SMS)
Kod OTP sebanyak 6 angka akan di hantar ke sms anda sekiranya anda memilih mendaftar menggunakan telefon. Semak pada inbox anda

Kod OTP hanya sah untuk 5 minit sahaja untuk tujuan pengesahan pendaftaran. 

*Sekiranya pendaftaran menggunakan email, anda hanya perlu klik pada link email yang di terima. 

Cara Daftar Qr Code MySejahtera (melalui email)
Semak email anda dan klik link yang diberikan

4) Isi Maklumat Yang Diminta 

Cara Daftar Qr Code MySejahtera (langkah ketiga)

Jika anda mendaftar untuk premis, kedai atau restoran, masukkan nama premis anda. 

Jika anda mendaftar untuk majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan sebagainya, tulis nama majlis tersebut pada *Business Name*. Contohnya Majlis Perkahwinan Hafiz dan Sarah. 

Kemudian masukkan butiran lain yang diminta seperti contact name (Nama untuk dihubungi), current address (Alamat premis/majlis), postcode (poskod) dan state (negeri). 

Tekan butang submit untuk menghantar. 

Setelah itu anda akan menerima QR code untuk di print. 

Print, Email dan Download QR Code MySejahtera

Jika anda tidak mempunyai printer ketika mendaftar QR Code ini, tekan Email me” atau “Download” untuk simpan dahuulu QR Code yang sudah di generate oleh MySejahtera Apps ini. 

5) Tampal QR Code di hadapan / pintu premis. 

Tampal QR Code MySejahtera Check In ini di hadapan atau pintu masuk premis, kedai, restoran, dewan dan sebagainya untuk diimbas oleh pengunjung. 

Tips Tampal QR Code MySejahtera Bagi Memudahkan Pengunjung Scan Dengan Cepat dan Mudah

Ukuran QR Code yang diprint dan jarak untuk scan adalah yang menentukan sama ada kod QR dapat dibaca atau tidak. 

Saiz QR Code dan Jarak Yang Sesuai

Nisbah jarak pengimbasan dengan ukuran Kod QR harus hampir dengan 10: 1. Contoh: Kod QR 1 inci (2.5 cm) yang dicetak akan mempunyai jarak imbasan yang berkesan sekitar 10 inci (25 cm)

Cara Tampal Agar Mudah Di Scan

Jangan tampal atau letakkan QR Code di permukaan reflektif (bersilau) contohnya di bawah permukaan yang dilaminate, meja atas kaca atau tingkap restoran. Cahaya yang dipantulkan mungkin mengganggu proses pengimbasan.


Rakyat Malaysia disarankan daftar untuk menerima Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera. Ini cara-caranya;


Ikuti cara mudah ini bagaimana untuk memasukkan nama anak, isteri atau ahli keluarga yang lain ketika check in MySejahtera.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular