Tarikh akhir e-Filing 2021 bagi tahun taksiran 2020 telah diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui laman webnya www.hasil.gov.my. Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDNM atau secara dalam talian melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM.
Pada tahun ini, LHDNM menjangkakan hampir 530 ribu Borang E Tahun Saraan 2020 akan diterima daripada para majikan berdaftar. Manakala bagi Borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan sekitar 3.27 juta borang akan diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 dalam tahun 2020.
Apa Itu e-Filing?
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet melalui laman web https://ez.hasil.gov.my/CI/
Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.
Selepas menghantar borang e-Filing, anda dinasihatkan untuk:
• Cetak dan simpan – e-Borang
• Cetak dan simpan – Pengesahan penerimaan e-borang.
Tarikh Boleh Mula Mengisi Borang e-Filing Bagi Tahun Taksiran 2020
LHDNM memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2021.
Tarikh Akhir e-Filing 2021 Bagi Tahun Taksiran 2020
Tarikh akhir e-filing 2021 mengikut jenis borang dan kategori adalah sebagaimana berikut:

Tarikh akhir borang BE adalah sebelum 30 April 2021 (Borang Manual). Sementara tarikh akhir penghantaran borang BE melalui e-filing adalah 15 Mei 2021 (Sabtu).

Manakala bagi borang B pula sebelum 30 Jun 2021.

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.
Panduan Kepada Pembayar Cukai Yang Baru atau Pertama Kali
Dimaklumkan bahawa pembayar cukai yang pertama kali melaporkan pendapatan menyamai atau melebihi RM 450,000 melalui hantaran borang secara e-Filing perlu memohon TAC.
TAC akan dihantar kepada no. telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM. No. telefon bimbit terkini boleh dikemaskini menggunakan sistem e-Kemaskini profil diri atau ke cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan.
Prosedur ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan kesilapan memasukkan jumlah pendapatan oleh pembayar cukai.
Prosedur ini tidak terpakai kepada pembayar cukai yang membuat e-Filing melalui Ejen Cukai.
Cara Memohon Bantuan Semasa Proses e-Filing
Untuk pertanyaan dan bantuan tentang proses e-filing, hubungi;
- Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
- Faks ke nombor : 03-4289 3400
- E-mel: [email protected]
- Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.
Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan berikut untuk capaian pantas.
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf