Tuesday, March 19, 2024
HomeTarikh dan PeristiwaTarikh Akhir Memotong Rambut dan Kuku Peserta Korban 2022/1443H

Tarikh Akhir Memotong Rambut dan Kuku Peserta Korban 2022/1443H

Sebagai makluman tarikh akhir untuk memotong rambut dan kuku bagi yang menyertai Korban pada tahun ini ialah sebelum masuknya waktu maghrib petang 30 Zulkaedah, Khamis 30 Jun 2022.

Ini bermaksud, sesiapa yang ingin berkorban pada tahun ini, hendaklah memotong rambut dan kuku sebelum 30 Zulkaedah.

Ini kerana bermula 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah terdapat larangan daripada Rasulullah s.a.w agar tidak memotong rambut dan kukunya sehingga dah tak boleh potong kuku lagi. sehingga dia selesai menyembelih korbannya. 

Pada tahun ini, umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban (Aidiladha) pada 10 Julai 2022 (Ahad).

Larangan Potong Kuku & Rambut Bagi Yang Ingin Melakukan Ibadah Korban Apabila Tibanya 1 Zulhijjah

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban).”  (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Larangan Potong Kuku dan Rambut bagi yang ingin melakukan ibadah korban apabila Tibanya 1 Zulhijjah

Pengajaran:

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh)  menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain.” (Syarah Muslim  Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139) 

Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: “Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

Hikmah Larangan 

Antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarah-nya ialah larangan memotong kuku & menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka. 

Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain. Wallahua’lam.

Soalan: Bagi seseorang yang melakukan ibadah akikah pada hari raya korban bersama-sama para muslimin yang lain, adakah dia tertakluk kepada larangan bercukur atau mencabut rambut dan memotong kuku sehingga haiwan disembelih ?

Seseorang yang melaksanakan akikah pada hari raya korban atau hari-hari tasyriq, maka mereka tidak termasuk di dalam larangan memotong kuku dan rambut sebagaimana golongan yang melakukan sembelihan korban. 

Ini kerana, nas jelas menyebutkan perkataan يُرِيدُ أَنْ يُضَحِّيَ merujuk kepada seseorang yang hendak melakukan udkhiyyah (korban). 

Manakala akikah tidak dinamakan sebagai al-udkhiyyah, melainkan dengan kalimah akikah atau nasikah sahaja. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang baik kepada kita dalam beragama.

Jom amalkan sunnah ini bermula 1hb Zulhijjah bersamaan hari Jumaat 1hb Jun ini bagi peserta korban sehingga ibadat korban dilaksanakan.

Rujukan: 

https://t.me/hadisharian_ikram

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 12: ANJURAN UNTUK TIDAK MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT BAGI YANG INGIN MELAKUKAN IBADAH KORBAN APABILA TIBANYA 1 ZULHIJJAH

RELATED ARTICLES

Most Popular