Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, dalam pengumumannya pada 4 Jun 2021 memaklumkan tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai jam 10 pagi.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu perkongsian video pendek di laman Facebooknya.
Tarikh keputusan SPM 2020 ini pastinya ditunggu-tunggu oleh calon, ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia kerana ini kali pertama peperiksaan dilakukan dalam keadaan norma baharu disebabkan penularan pandemik COVID-19.
Semoga keputusan yang diumumkan menggembirakan kita semua.
Cara Semakan Keputusan SPM 2020
Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:
Pertama: Dalam talian (online) di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau
secara
Kedua: Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886.
Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021.
Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan
Calon SPM 2020 Menduduki Peperiksaan dalam Suasana Norma Baharu
Sebelum ini seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020, mulai 22 Februari lalu, melakar sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu diadakan dalam keadaan norma baharu, berikutan penularan jangkitan Covid-19.
Kumpulan pelajar Tingkatan Lima dilihat mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang, iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat, iaitu sekitar empat bulan, ekoran penularan pandemik Covid-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.
Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, KPM berkata, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti individu berkenaan dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan