Tarikh & Tempat Lihat Anak Bulan Ramadhan 2021/1442H di Malaysia

0
540
Tarikh dan Tempat Lihat Anak Bulan Awal Ramadhan di Malaysia Tahun 2021_1442H

Bilakah tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini?

Untuk makluman masyarakat Islam di Malaysia, pengumuman rasmi sambutan awal Ramadhan akan dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

Ia akan disiarkan melalui media massa seperti TV, Radio, media sosial  dan juga laporan rasmi daripada pihak JAKIM.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan jadual waktu berbuka dan imsak, boleh lihat di sini.

Kaedah Penentuan Tarikh Mula Puasa

Asas penentuan tarikh awal puasa adalah berdasarkan nas syarak dalam al-Quran, hadis dan pendapat ulama daripada kitab muktabar. 

Di dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan, maka sabdanya:

“Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya” (Sahih Bukhari 2:1787)

Kaedah penentuan awal Ramadhan di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) seperti mana yang telah disepakati oleh negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan Pada Tahun 2021

Berdasarkan amalan di Malaysia, pada setiap 29hb Hijrah ada rombongan daripada Jabatan Mufti Negeri-negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi yang akan mencerap (melihat) hilal. 

Cuma yang rasmi dan yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Raja-Raja Malaysia adalah 3 bulan sahaja, iaitu Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan adalah pada petang Isnin 12 April 2021  (29 Syaaban 1442H).

Umat Islam dijangka akan berpuasa pada 13 April 2021 (Selasa) setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada malam tersebut.

Tempat Cerapan / Lihat Anak Bulan Ramadhan

Dari segi praktisnya, pada petang hari cerapan anak bulan, Jawatankuasa Rukyah Negeri-Negeri yang terdiri daripada Mufti Negeri sebagai ketua rombongan, Ketua Hakim Syar’ie, Pengarah Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam dan seorang ahli falak akan melaksanakan rukyah hilal di tempat cerapan rasmi di negeri masing-masing.

Tempat cerapan bagi melihat anak bulan Ramadhan adalah sebagaimana berikut;

Perlis

  1. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis (Perlis)

Kedah

  1. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
  2. Permandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
  3. Menara Alor Setar, Alor Setar (Kedah)

Pulau Pinang

  1. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, (Pulau Pinang)

Perak

  1. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, (Perak) 

Selangor

  1. Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor)
  2. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat (Selangor)
  3. Balai Cerap Selangor (Selangor)
  4. Sabak Bernam, Selangor (Selangor)

Kuala Lumpur

  1. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); 

Putrajaya

  1. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); 

Melaka

  1. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, (Melaka)

Negeri Sembilan

  1. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)

Johor

  1. Pontian Kecil, (Johor).

Pahang

  1. Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang)
  2. Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
  3. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)

Terengganu

  1. Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
  2. Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu)
  3. Pulau Perhentian, Besut (Terengganu) 
  4. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)

Kelantan

  1. Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)
  2. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan)
  3. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan)

Sarawak

  1. Esplanade Luak, Miri (Sarawak)
  2. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  3. Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)

Sabah

  1. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)

Labuan

  1. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)

Lihat negeri-negeri yang cuti dan negeri yang tidak cuti bersempena Awal Ramadhan

Lihat juga jadual waktu berbuka puasa dan imsak bulan Ramadhan seluruh Malaysia tahun 2021 /1442H.