Bilakah tarikh untuk melihat anak bulan Zulhijah pada tahun 2021?
Untuk makluman masyarakat Islam di Malaysia, pengumuman rasmi sambutan hari Raya Aidiladha akan dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Bagi menentukan tarikh sebenar Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji/Korban, kita perlu mengetahui tarikh 1 Zulhijjah terlebih dahulu. Ini kerana dalam syariat Islam, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada setiap 10 Zulhijjah.
Dalam menetapkan tarikh hari raya haji ini, kaedah yang digunakan di Malaysia adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab.
Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijah 2021 (1 Zulhijah 1442H)
Berdasarkan amalan di Malaysia, pada setiap 29hb Hijrah ada rombongan daripada Jabatan Mufti Negeri-negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi yang akan mencerap (melihat) hilal.
Cuma yang rasmi dan yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Raja-Raja Malaysia adalah 3 bulan sahaja, iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijah.
Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijriah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
Pengumuman tarikh Hari Raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan apabila mendapat perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Umat Islam dijangka akan menyambut hari raya Aidiladha pada 20 Julai 2021 (Selasa). Pun begitu ia perlulah melalui pengisytiharaan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Kaedah Penentuan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2021 / 1442H
Asas penentuan tarikh hari raya adalah berdasarkan nas syarak dalam al-Quran, hadis dan pendapat ulama daripada kitab muktabar.
Di dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan, maka sabdanya:
“Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya” (Sahih Bukhari 2:1787)
Kaedah penentuan awal Ramadhan di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) sepertimana yang telah disepakati oleh negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Tempat Cerapan / Lihat Anak Bulan
Dari segi praktisnya, pada petang hari cerapan anak bulan, Jawatankuasa Rukyah Negeri-Negeri yang terdiri daripada Mufti Negeri sebagai ketua rombongan, Ketua Hakim Syar’ie, Pengarah Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam dan seorang ahli falak akan melaksanakan rukyah hilal di tempat cerapan rasmi di negeri masing-masing.
Tempat cerapan bagi melihat anak bulan ramadhan adalah sebagaimana berikut;
Perlis
- Menara Pandang, Masjid al-Husain, Kuala Perlis
Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Selangor
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson
Johor
- Pontian Kecil
Pahang
- Bukit Pelindong, Kuantan
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Kelantan
- Bukit Paraksi, Pasir Puteh
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu
Sarawak
- Esplanade Luak, Miri
- Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah);
Labuan
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan);