Bilakah tarikh berlakunya malam Lailatul Qadar?
Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui secara tepat. Namun terdapat hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.
Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melalukan ibadah di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.
Bahkan antara kelebihan utama malam tersebut sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3).
Bilakah Tarikh Malam Lailatul Qadar Bagi Tahun 2024/1445H?
Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadhan.
Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut;
“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.
Oleh yang demikian, jika kita telusuri kepada kiraan tarikh tahun 2024 bilakah malam ganjil tersebut?
Jangkaan Malam Lailatul Qadar 2024 & Tarikh 10 Malam terakhir Ramadhan Tahun 2024
Umum diketahui, dalam kiraan tarikh Hijri, tarikh permulaan sesuatu hari adalah apabila masuknya waktu Maghrib bagi sesuatu hari. Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dan malam-malam ganjil adalah sebagaimana berikut;

2024 | HARI | 1445H | MALAM |
---|---|---|---|
30 Mac | Sabtu | 19 Ram | Ke 20 |
31 Mac | Ahad | 20 Ram | Ke 21 |
1 Apr | Isnin | 21 Ram | Ke 22 |
12 Apr | Selasa | 22 Ram | Ke 23 |
3 Apr | Rabu | 23 Ram | Ke 24 |
4 Apr | Khamis | 24 Ram | Ke 25 |
5 Apr | Jumaat | 25 Ram | Ke 26 |
6 Apr | Sabtu | 26 Ram | Ke 27 |
7 Apr | Ahad | 27 Ram | Ke 28 |
8 Apr | Isnin | 28 Ram | Ke 29 |
9 Apr | Selasa | 29 Ram | Ke 30 |
10 Apr | Rabu | 30 Ram | Malam Hari Raya |
Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut.
No. | Hari | Malam |
---|---|---|
1. | Isnin | 21 |
2. | Sabtu | 23 |
3. | Khamis | 25 |
4. | Selasa / Jumaat | 27 |
5. | Ahad / Rabu | 29 |
Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2024 / 1445 Hijrah adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (6 April 2024) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 12 Mac yang jatuh pada hari Selasa.
Wallahu a’lam.
Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Malam Tersebut
Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Solat Fardhu Berjemaah
- Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
- Qiamullail
- Membaca al-Qur’an
- Berselawat
- Bersedekah
- Berzikir dan memperbanyakkan doa
Doa dan Zikir Malam Lailatul Qadar
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca zikir dan doa ini pada malam terakhir 10 Ramadan.

“Allahumma-innaka-’afuwwun-tuhibbul-’afwa-fa’fu-’Annii”
“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang-orang yang meminta pengampunan, maka ampunilah aku.”
Tanda-Tanda Malam al-Qadr
- Suanana pagi yang tenang
Salah satu tanda Lailatul Qadar adalah, pada kesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.
- Matahari yang cerah namun tidak terasa bahangnya
Selain itu,, pancaran matahari pada keesokan paginya yang bersinar cerah namun tidak terasa terik akan bahangnya.
- Pada Malam tersebut udara yang begitu tenang.
Baca juga panduan mengerjakan Qiamullail pada bulan Ramadhan terutamanya untuk 10 terakhir mudah-mudahan kita mendapat pahala Lailatul Qadar.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI