Bagi mereka yang belum memulakan puasa sunat enam syawal, ini maklumat dan tarikh penting.
Tarikh ini penting supaya anda tak terlepas dan boleh merancang puasa sunat terutamanya bagi mereka yang suka berpuasa di hujung-hujung Syawal.
Apa yang lebih penting, anda juga boleh merancang untuk berpuasa bersama Puasa Hari Putih, puasa ganti dan puasa Isnin Khamis.
Semoga panduan ini bermanfaat.
Panduan Puasa Sunat Enam Syawal
Puasa enam boleh dilakukan pada bila-bila masa dibulan Syawal kecuali pada 1 Syawal.
Ia boleh dilakukan samaada secara berturut-turut atau berselang seli samaada di awal Syawal (bermula 2 Syawal, pertengahan dan penghujung). Sama ada berturut-turut atau berselang seli, fadilatnya tetap sama.
Niat puasa enam Syawal;
“Sahaja aku puasa sunat esok hari dalam 6 hari di bulan Syawal kerana Allah Ta’ala”
Tarikh Cadangan untuk berpuasa Sunat Enam Syawal 2021
Berikut merupakan panduan atau cadangan tarikh yang sesuai bagi mereka yang merancang untuk melaksanakan ibadah sunat ini.
Walau bagaimanapun, puasa enam boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di bulan Syawal melainkan 1 Syawal dan tarikh-tarikh ini merupakan cadangan sahaja.
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari | Puasa |
2 Syawal | 14 Mei | Jumaat | |
3 Syawal | 15 Mei | Sabtu | |
4 Syawal | 16 Mei | Ahad | |
5 Syawal | 17 Mei | Isnin | Sunat Isnin |
6 Syawal | 18 Mei | Selasa | |
7 Syawal | 19 Mei | Rabu | |
8 Syawal | 20 Mei | Khamis | Sunat Khamis |
9 Syawal | 21 Mei | Jumaat | |
10 Syawal | 22 Mei | Sabtu | |
11 Syawal | 23 Mei | Ahad | |
12 Syawal | 24 Mei | Isnin | Sunat Isnin |
13 Syawal | 25 Mei | Selasa | Puasa Hari Putih |
14 Syawal | 26 Mei | Rabu | Puasa Hari Putih |
15 Syawal | 27 Mei | Khamis | Puasa Hari Putih + Sunat Khamis |
16 Syawal | 28 Mei | Jumaat | |
17 Syawal | 29 Mei | Sabtu | |
18 Syawal | 30 Mei | Ahad | |
19 Syawal | 31 Mei | Isnin | Sunat Isnin |
20 Syawal | 01-Jun | Selasa | |
21 Syawal | 02-Jun | Rabu | |
22 Syawal | 03-Jun | Khamis | Sunat Khamis |
23 Syawal | 04-Jun | Jumaat | |
24 Syawal | 05-Jun | Sabtu | |
25 Syawal | 06-Jun | Ahad | |
26 Syawal | 07-Jun | Isnin | Sunat Isnin |
27 Syawal | 08-Jun | Selasa | |
28 Syawal | 09-Jun | Rabu | |
29 Syawal | 10-Jun | Khamis | Sunat Khamis |
30 Syawal | 11-Jun | Jumaat |
Tarikh yang dibold merupakan berhimpunnya fadihat berikut;
- Puasa 6 Syawal
- Puasa Isnin Khamis
- Puasa Hari Putih
Tarikh Akhir Untuk Mula Puasa Enam Syawal 2021 Secara berturut-turut
Bagi mereka yang ingin berpuasa sunat ini di pengakhiran syawal secara berturut-turut, tarikh akhir untuk mula berpuasa adalah pada 6 Jun 2021 (Ahad) bersamaan dengan 25 Syawal.
Jadualnya adalah sebagaimana berikut;
Bilangan Puasa | Hari | Tarikh Hijri 1442 | Tarikh Masihi 2021 |
---|---|---|---|
Pertama | Ahad | 25 Syawal | 06-Jun |
Kedua | Isnin | 26 Syawal | 07-Jun |
Ketiga | Selasa | 27 Syawal | 08-Jun |
Keempat | Rabu | 28 Syawal | 09-Jun |
Kelima | Khamis | 29 Syawal | 10-Jun |
Keenam | Jumaat | 30 Syawal | 11-Jun |
Puasa Sunat Hari Putih & Puasa Enam di Bulan Syawal
Kelebihan Berpuasa Sunat Enam Hari di Bulan Syawal
Dalam satu hadis, Rasulullah bersadba yang bermaksud;
“Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian ia menyambungnya dengan enam hari pada Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa.” (HR Muslim).
Ibnu Rejab al-Hanbali menyebut beberapa hikmah pensyariatan berpuasa enam hari dalam Syawal.
Pertama, puasa enam Syawal akan melengkapkan pahala berpuasa sepanjang tahun atau setiap masa. Ini jelas berdasarkan mafhum hadis yang dikemukakan di atas ini.
Kedua, puasa enam Syawal akan menyempurnakan ibadat puasa Ramadan, sekali dengan puasa Syaaban sebelumnya. Ia ibarat solat sunat rawatib dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardu.
Ketiga, puasa enam Syawal menandakan penerimaan puasa Ramadan kerana biasanya sesuatu kebaikan akan disusuli dengan kebaikan lain. Selain itu, ia menzahirkan kesyukuran atas nikmat keampunan dan ganjaran kurniaan Allah SWT pada hari raya.
Bolehkah Niat Puasa Enam dan Puasa Ganti (Qadha) Serentak?
Mengikut pandangan Mazhab Syafie dan pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, pendapat yang muktamad dan afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.
Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.
Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.