Tips Penulisan Master dan PhD

0
1328
Tips Master dan PhD

Tips penulisan Master PhD ini merupakan perkongsian Profesor Madya Dr Saadan Man (Pensyarah Universiti Malaya) di Facebook beliau terhadap pengalamannya menyiapkan PhD di UK. 

Artikel ini disusun kembali dengan lebih teratur agar para pembaca dapat memahaminya dengan jelas.

Melalui perkongsiannya, ada 6 C yang boleh di aplikasikan dalam menyiapkan kajian samaada untuk pelajar master atau PhD. 

1. Consistency (Konsisten) 

consistency in writing thesis

Dalam menyiapkan kajian,  calon perlu konsisten dalam gerak kerja penulisan. Ini termasuk tugasan mengumpul, menganalisa  data dan konsisten dalam mengemukakan idea. 

Calon juga perlu pastikan tiada data atau idea yang bercanggah dalam tesis. Selain itu juga calon perlu konsisten dalam penggunaan format penulisan termasuk ejaan, istilah dan sebagainya.

2. Continuity (Kesinambungan) 

Calon juga perlu memastikan kesinambungan dalam idea yang dikemukakan. Begitu juga dengan aliran atau turutan idea antara bab, subtopik dan paragraf. 

Namun apa paling penting adalah  kesinambungan penulisan tesis. Jangan ada “gap” atau jarak yang terlalu jauh ketika berhenti menulis tesis. Jangan sampai seminggu atau sebulan berhenti menulis, kemudian sambung balik, maka calon akan menghadapi kesukaran untuk kembali semula pada landasan ini terutamanya idea yang telah terhenti. 

3. Clarity (Kejelasan) 

Clarity in thesis

Kejelasan adalah penting  dalam mengemukakan idea, penyusunan data, penggunaan bahasa dan kejelasan pada susunan ayat. 

Apa yang paling penting adalah kejelasan  melalui pelan tindakan dan strategi dalam usaha menyiapkan tesis. Pemeriksa sangat mementingkan kejelasan idea sebagai kriteria utama penulisan dan faktor utama lulus tesis sebelum viva. 

4. Collaboration (Kolaborasi) 

Kolaborasi merangkumi networking  dan kerjasama daripada pelbagai pihak yang mempunyai kajian pada bidang yang sama atau hampir sama. 

Data, maklumat, info, literatur dan idea calon akan mencakupi ruang yang lebih lebar dan capaian intelektualisme akan menjadi lebih meluas sekiranya mempunyai Kolaborasi yang baik. 

Collaboration  in PhD and Master

5. Correlation (Korelasi) 

Korelasi adalah penting dari sudut menganalisis data, di mana data tidak boleh berlawanan atau kontradiksi antara satu sama lain. Tips ini hampir sama dengan tips yang pertama iaitu konsisten terhadap data. 

Korelasi juga penting dalam menjaga   hubungan baik antara calon dan penyelia. Calon dinasihatkan menjaga tatasusila dan adab sekiranya berlaku pertembungan pemikiran ataupun idea yang dikemukakan. 

6. Credibility (Kredibiliti) 

Creadibilty in Master or Phd

Akhir sekali adalah kredibiliti. Seorang calon perlu menjaga kredibilitinya dalam mengemukakan fakta dan rujukan. Fakta yang dikemukakan mestilah tepat dan bersumberkan rujukan yang berautoriti. 

Ini penting kerana pada zaman limpahan maklumat internet ini, kebanyakan calon mengambil jalan mudah dengan “copy paste” daripada sumber yang bukan utama. 

Calon juga perlu menunjukkan tunjukkan kredibiliti sendiri dalam mengemukakan idea. Gunakan bahasa akademik, bukannnya ceramah, khutbah atau bahasa jalanan/kolokial. 

Calon perlu membina  mentaliti kesarjanaan dalam tempoh pencalonan. Master/ sarjana bermaksud mahaguru. Jadi, kena tanamkan calon akan bakal menjadi mahaguru tidak lama lagi. Oleh itu seorang calon mestilah menghasilkan sesuatu yang berkredibiliti. 

graduate master or phd

Lebih-lebih lagi jika calon membuat PhD, mentaliti dan hujah yang disampaikan  bukanlah pada tahap budak kolej atau bachelor. Oleh itu kematangan dan elemen intelektual/ kesarjanaan dalam argumentasi memainkan peranan yang sangat penting. 

Walaupun calon mengamalkan Tips  6C dalam menyiapkan kajian, namun untuk sampai  tahap C, calon perlu ada A dan B dahulu iaitu Azam dan Buat.

Sekiranya ada tips sahaja tanpa ada azam dan buat, maka semua tips tersebut tidak akan berguna. 

Sebagai kesimpulan, tips  ini juga boleh diaplikasikan dalam penulisan-penulisan lain seperti artikel dan buku dan sebagainya.