Friday, March 29, 2024
HomeKoleksi UcapanKoleksi Ucapan dan Pantun Hari Raya AIDILADHA 2022

Koleksi Ucapan dan Pantun Hari Raya AIDILADHA 2022

Sekiranya anda mencari ucapan dan pantun selamat Hari raya Aidiladha, mungkin artikel ini akan membantu anda bagi mengucapkan pantun dan ucapan hari raya korban atau haji sebagai pengganti diri.

Dengan penggunaan media elektronik yang semakin luas pada masa kini, ucapan atau pantun raya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan juga persahabatan sesama kita. 

Ucapan ini sesuai dihantar dengan menggunakan  Whatapps, Telegram, Facebook, Intagram, Twitter dan sebagainya. Bahkan juga amat sesuai dijadikan ucapan raya pada tahun 2022.

Semoga pantun dan ucapan hari raya Aidiladha ini dapat memberi idea bagi ucapan anda pada hari raya tahun ini.

Ucapan Raya Umum

SALAM AIDILADHA 
10 Zulhijjah 1443H 

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ 
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ 
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini. 
“Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.”

Salam Aidiladha
Selamat Hari Raya Aidiladha

Aidiladha merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mentaati perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.
Salam Aidul Adha Maaf Zahir Batin

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua.

Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa.

آمِيّنْ آمِين.. يَارَبَّ العَـــالَمِيْن
Mata kadang salah melihat, 
Mulut kadang salah berucap, 
Hati kadang salah menduga, 
Maafkan segala kekhilafan,

Mohon maaf zahir dan batin. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT

SALAM AIDILADHA 
“Kecil atau besar, hargailah pengorbanan seseorang yang pernah hadir dalam hidup anda.”
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM, 
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL, 
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

“Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas apa yang dia beritakan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepda orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-Hajj 37)
SALAM AIDILADHA

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilahkamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)”.

(Surah  Al-Hajj Ayat 34) 

Pantun Selamat Hari Raya Aidiladha 

Lembu dan Kambing sedang menanti, 
Untuk dikorbankan sekejap lagi, 
Sucikan diri ikhlaskan hati
Semoga korban diterima ilahi. 
Bulan Zulhijjah Bulan Mulia 
Di Sambut Dengan Hati Gembira 
10 Zulhijah Kini Menjelma 
Ucapan Di kirim Maaf Di Pinta
Cari cacing di bawah titi, 
Buat umpan pergi mengail
Ibadah korban kita hayati, 
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail 
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan, 
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak, 
Moga diterima Rabbul Izzati. 
Berhati-hati Dijalan Raya,
Biar Lambat Asalkan Selamat;
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.

Pantun Aidiladha versi PKP 

Tua, muda miskin dan kaya, 
Menyambut gembira Aidiladha 
Covid-19 masih lagi ada
Hendaklah kita sentiasa berwaspada. 
Jika hendak pergi beraya, 
Pakai mask jangan dilupa, 
Ingatlah pesanan Abah kita, 
Moga Covid-19 berakhir segera. 
Tibalah kita dimusim perayaan 
Ada yang pulang ke kampung halaman, 
Sekiranya kita melakukan korban, 
Penjarakan sosial jangan diabaikan
Anak bulan sudah kelihatan, 
Bulan Zulhijjah menjelma lagi, 
Frontliner negara tidak dilupakan, 
Pengorbanan mereka banyak sekali.

Ucapan Raya Kreatif

*Lambaian Zullhijjah*
🐂🐃🐪🐫
.. *Buat keluarga*
Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya    
.. *Buat Yang Tersayang*
Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu    
.. *Buat Kawan-Kawan*
Maaf Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak sengaja    
.. *Buat Sahabat*
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah   
.. *Buat Yg X Sependapat*
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu    
.. *Buat Yg Sayang Pd Saya*
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..
.. *Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya*
Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana   Untuk Terus Bersabar…    
.. *Buat Yg X Kenal Saya*
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya  Dekat Contact anda…    
Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya    
Taqabbalallah..
*SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA*
*MAAF ZAHIR & BATIN* 
…..人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:””””””;-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║
⭐🌟💫🌙✨Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.💫🌟⭐🌙✨
💥Selamat      💭✨       
          ✨💭Menyambut    
       😗✨ 💭 💥AiDiLAdHa💥       
          __|  |_______
          /__________/_\
🌷🌹  | 四 |目| 四 |目|  🌳🌳
╭⌒╮ 🌙╭⌒╮✨
✨╭⌒╭⌒╮╭⌒╮✨
,✨︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣✨n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬ 
🌾🌾..🐂🐄🐃🌾🌾
Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari  memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa…
🌟🌟Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..🌟🌟
Dari kami sekeluarga

Ucapan Hari Raya Korban Yang Lucu

*Seekor kambing hanya boleh untuk satu orang sahaja jika dibuat korban.*
*Seekor lembu boleh dikongsi dengan 7 orang jika dibuat korban.*
*Seorang suami pula boleh dikongsi oleh 4 orang wanita, jika wanita tersebut sanggup berkorban.*
*Selamat Hari Raya Korban*
👌❤👌❤👌❤👌❤👌❤
Salam aidiladha

Semoga ucapan dan pantun selamat hari Raya Aidiladha ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama kita.

Poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2022

Poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2022 - 2
Poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2022 - 1
Poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 2022 - 4
Salam Aidil Adha - 3

Dapatkan lebih banyak poster di telegram The Inspirasi – https://t.me/theinspirasimy


Baca Juga


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular