27 Rejab merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa agung Israk dan Mikraj. Selain memperingati tarikh penting ini, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Israk Mikraj buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja.
Di Malaysia, setiap 27 Rejab kita akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, tazkirah dan sebagainya.
Semoga koleksi ucapan, pantun dan poster ucapan Salam Israk Mikraj ini dapat membantu anda memberi ucapan yang istimewa buat sesiapa sahaja.
Ringkasan Peristiwa Israk Mikraj
Latar Belakang
Peristiwa berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan Saidatina Khadijah, dikenali sebagai Tahun Dukacita. Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 kerasulan Nabi Muhammad SAW, bersamaan dengan tahun 621 Masihi.
Israk
- Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjid al-Haram (Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Palestin) dalam satu malam.
- Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril dengan menaiki Buraq.
Mikraj
- Kenaikan Rasulullah SAW dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh) untuk bertemu Allah SWT.
- Rasulullah bertemu dengan para nabi di setiap lapisan langit:
- Langit Pertama: Nabi Adam AS.
- Langit Kedua: Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS.
- Langit Ketiga: Nabi Yusuf AS.
- Langit Keempat: Nabi Idris AS.
- Langit Kelima: Nabi Harun AS.
- Langit Keenam: Nabi Musa AS.
- Langit Ketujuh: Nabi Ibrahim AS.
Perintah Solat
- Rasulullah SAW menerima perintah solat 50 waktu daripada Allah SWT.
- Nabi Musa AS mencadangkan untuk meminta keringanan, lalu dikurangkan menjadi 5 waktu sehari.

Contoh dan Koleksi Ucapan Salam Israk Mikraj
Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1446H | 27 Januari 2025 “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’ 17:1) |
Salam Israk Mikraj 1446H /2025M Mari kita jadikan peristiwa Israk Mikraj sebagai momentum dalam kehidupan untuk tetap tawaduk dan takwa kepada Allah SWT. |
Teladanilah Junjungan Nabi Muhammad SAW, walaupun Baginda telah Israk dan Mikraj ke langit tertinggi, namun tetap sedar dirinya hanya ABDI. Salam Israk Mikraj | 27 Rejab 1446H |
“Jagalah Iman dan semaikan hikmah dalam kehidupan”. Selamat Menyambut Peristiwa Agung Israk Mikraj |
“Pembersihan Hati kita amat penting dalam kehidupan. Buanglah perkara negatif yang ada pada diri kita semua”. |
Salam Israk Mikraj Marilah bersama-sama menghayati makna dan ruh disebalik peristiwa israk dan mikraj keraja ia bukan hanya mampu melahirkan keimanan takwa yang tinggi malah mencetuskan semangat jihad serta dakwa yang berterusan. |
Israk dan Mikraj mengajar kita bahawa solat adalah kunci kejayaan dan rezeki. |
Perjalananmu adalah adalah mukzijat,Kekuasaan Allah amatlah hebat,Dengan waktu yang teramat singkat,Kau tembusi langit yang dijaga para malaikat.Engkau melihat syurga dan neraka,Bertemu para malaikat dan anbiya’,Terus menuju sidratul muntahaBertemu Allah yang Maha Kuasa. |
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah sejarah tetapi ia membawa pengajaran melalui pelbagai peristiwa yang Allah SWT tontonkan agar manusia sentiasa mengingati Allah dan takut akan kekuasaanNya. Penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj mampu menjadikan kita manusia yang sentiasa berlumba-lumba melalukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. |
Ucapan Ringkas Penuh Bermakna
- Selamat memperingati Israk Mikraj 1446H. Semoga peristiwa agung ini menguatkan keimanan kita dan mengingatkan betapa pentingnya solat sebagai tiang agama. Salam ukhuwah dan keberkatan buat semua.
- Selamat menyambut Israk Mikraj 1446H. Jadikan peristiwa ini inspirasi untuk lebih dekat dengan Allah dan menjaga solat lima waktu.”
- Israk Mikraj mengajar kita bahawa dengan solat, kita mampu mendekatkan diri kepada Allah dan mencari kekuatan dalam menghadapi ujian hidup. Selamat menyambut Israk Mikraj 1446H
- Sempena Israk Mikraj ini, semoga kita diberi kekuatan untuk menjaga solat, diberkati dalam kehidupan, dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Salam Israk Mikraj 2025!”
- 27 Rejab memperingati Israk Mikraj, perjalanan luar biasa menuju rahmat-Nya. Semoga hati kita terus teguh dalam ketaatan dan solat menjadi penenang jiwa. Salam Israk Mikraj 1446H.
- Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa agung, tetapi tanda kasih Allah kepada hamba-Nya. Jadikan hari ini titik permulaan untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT. Selamat Israk Mikraj 2025!”
- Malam penuh keajaiban, Israk Mikraj menyedarkan kita tentang kebesaran Ilahi. Jadikan peristiwa ini sebagai dorongan untuk lebih mendekati-Nya. Salam Israk Mikraj 1446H.”
- Israk Mikraj membawa pesan cinta dari Allah melalui solat. Semoga kita terus menghargai hadiah ini dengan istiqamah dan khusyuk dalam ibadah. Selamat menyambut Israk Mikraj 1446H.”
- Perjalanan Israk Mikraj menunjukkan bahawa ketaatan dan keimanan adalah jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Mari hayati hikmah agung ini. Salam Israk Mikraj 2025!”
- Selamat Israk Mikraj 2025. Jadikan solat lima waktu sebagai amalan utama kita dalam mencari keberkatan hidup.
Pantun Salam Israk Mikraj
Israk dan Mikraj perjalanan suci, Bertemu Allah di Sidratul Muntaha; Solat dijaga hidup diberkati, Jalan ke syurga pasti terjaga. |
Malam gelap bercahaya bulan, Perjalanan Nabi penuh keajaiban; Moga solat kita penuh kesungguhan, Mendapat rahmat Tuhan berpanjangan. |
Ke Baitul Maqdis perjalanan bermula, Naik ke langit bertemu pencipta; Salam Israk Mikraj buat semua, Jadikan solat amalan utama. |
Masjid Al-Aqsa menjadi saksi, Perjalanan Nabi penuh misi; Israk dan Mikraj kita hayati, Teguhkan iman dalam diri. |
Pohon selasih di tepi perigi, Indah berseri di waktu pagi; Israk dan Mikraj mukzijat nabi, Marilah sama kita hayati. |
Indah sawah kerana padi, Di sinar mentari di waktu pagi; Perjalanan nabi bertemu Ilahi, Tanda kekuasaan Yang Maha Tinggi. |
Pelangi petang selepas hujan, Hinggaplah burung di atas dahan; Israk dan Mikraj sebuah perjalanan, Nabi di bawa bertemu Tuhan. |
Nabi Muhammad junjungan Ummat, Membawa rahmat membawa berkat; Marilah kita banyakkan selawat, Untuk syafaat di hari akhirat. |
Burung kedidi mencari makan, Menyusur lalu di tepi perigi; Israk dan Mikraj saya ucapkan, Semoga hidup sentiasa diberkati. |
Poster Israk Mikraj
Berikut adalah bererapa poster digital Salam Israk Mikraj yang anda boleh gunakan;





