Thursday, March 27, 2025
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Salam Nuzul al-Quran 1446H/2025M

Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Nuzul al-Quran 1446H/2025M

17 Ramadan merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa Nuzul al-Quran. Selain memperingati tarikh penting ini, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Nuzul al-Quran buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. 

Di Malaysia, setiap 17 Ramadan kita akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya.

Bagi meraikan sambutan Salam Nuzul al-Quran pada tahun ini, kami menyediakan koleksi pantun dan ucapan salam Nuzul al-Quran yang dapat membantu anda memberi ucapan yang istimewa buat sesiapa sahaja.

Ucapan Salam Nuzul al-Quran 2025M/1446H

Salam Nuzul al-Quran
17 Ramadhan 1446H | 18 Mac 2025

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah 2:185)
Selamat Menyambut Nuzul al-Quran

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Isra, ayat 9)
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR Tirmizi No: 2910)

Bersempena Nuzul Quran, marilah kita membaca dan mentadabburnya kerana itulah sikap pencari ilmu, iktibar, dan teladan.
Salam Nuzul al-Quran 1446H /2025M

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan Akhirat.
“Ya Allah, sinari hati kami dengan Al-Quran, hiasi akhlak kami dengan kemuliaannya, perbaikilah amalan kami dengan zikir dan tadarus, lindungi kami dari neraka, dan masukkan kami ke syurga dengan syafaat Al-Quran.”

Salam Nuzul al-Quran dan Selamat Beribadah Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan.
“Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim).

Salam Nuzul al-Quran 
17 Ramadhan 1446H | 18 Mac 2025
SALAM NUZUL AL-QURAN 1446 HIJRAH

Al-Quran adalah sumber ilmu, hidayah, dan panduan hidup. Bukti cinta kepada Al-Quran ialah dengan membacanya, mengamalkannya, dan menyebarkannya untuk kebaikan semua.
Salam Nuzul Al-Quran to all Muslims. May we remain steadfast and at peace in reciting and learning the Al-Quran, drawing closer to Allah SWT.
Keistimewaan bulan Ramadhan ianya diturunkn Al-Quran yang banyak faedah dan manfaat.

Salam Nuzul Al-Quran
17 Ramadhan 1446H

Pantun Nuzul al-Quran

Pohon selasih di tepi perigi, 
Indah berseri di waktu pagi;
al-Quran itu mukzijat tertinggi,
Marilah sama kita hayati.
Burung bayan hinggap didahan,
Mencari makan hingga ke malam;
17 Ramadhan diturunkan al-Qur’an,
Sebagai petunjuk sekalian alam.
Pantun Nuzul al-Quran 2
Burung berkicau di pagi hari,
Menyambut fajar indah berseri;
Nuzul Quran anugerah Ilahi,
Membawa rahmat ke dalam diri.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang bercampur dengan lokan;
al-Quran sebagai pembimbing ummat,
Memberi syafaat di hari kemudian.
Rama-rama hinggap di badan,
Terbang sebentar mencari makan;
al-Quran bukan sekadar bacaan,
Ia menjadi petunjuk jalan.
Malam bercahaya bulan berseri,
Turunnya wahyu membawa pedoman;
Al-Quran panduan hingga ke mati,
Peganglah ia sepanjang zaman.
Pantun Nuzul al-Quran 1
Berbalam indah cahaya bulan,
Cantik berseri terpana melihat;
Kalam Allah petunjuk jalan,
Kekal díhati membina syariat.
Burung berkicau di pagi hari,
Menyambut fajar indah bercahaya;
Nuzul Quran malam diberkati,
Rahmat Allah kekal selamanya.

Poster Ucapan Salam Nuzul al-Quran 1446H/2025M


Adakah anda sudah menunaikan kewajipan zakat fitrah pada tahun ini? lihat kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia dan cara secara atas talian (online).

RELATED ARTICLES

Most Popular