1 Ramadhan yang bakal menjelang, umat Islam akan menunaikan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga. Dalam menyambut bulan yang mulia ini pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja.
Pada bulan yang mulia ini juga, ayuh kita tingkatkan amalan agar diterima Allah.
Semoga koleksi pantun dan ucapan salam Ramadhan ini dapat membantu anda memberi ucapan yang istimewa buat sesiapa sahaja.
Lihat juga:
Ucapan Salam Ramadhan 2025/1446H
| Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan 1446H /2025Mย “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu”ย [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)] |
| Salam Ramadhan 1446Hย “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.”ย (al-Baqarah, ayat 183) Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Marilah sama-sama kita berdoa agar ada sinar baharu menjelang Ramadhan ini.ย |
| Assalamualaikum / Salam Sejahtera๐น Tahun ini kita akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini dengan suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.ย Ramadhan 1446H/2025M ini akan menjadi lebih bermakna apabila kita menyambut bersama-sama keluarga tercinta. Ambillah peluang yang ada ini untuk kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.ย #RamadanKareem |
| Selamat Menjalani Ibadah Puasa “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: โWahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan dibebaskan daripada neraka dan (penyeru itu akan menyeru pada setiap malam Ramadhanโ. (Riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah) Marhaban ya Ramadhan. |
| ุงููุณููุงู
ู ุนูููููููู
ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงููููู ููุจูุฑููุงุชููู Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al-Mubarak 1446H “Semuaย amalanย anakย Adamย digandakanย kebaikannya sepuluhย kaliย gandaย serupaย dengannyaย sehinggaย tujuhย ratusย kali ganda, Allahย SWT berfirman:ย Melainkanย puasa,ย keranaย iaย untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwatย danย makannya kerana-Kuโ.ย Bagiย orangย yangย berpuasa akanย mendapatย duaย kegembiraan ketikaย berbukaย puasaย dan ketikaย menemuiย Tuhannya,ย danย bauย busukย (dariย mulutย orang yangย berpuasa)ย keranaย berpuasaย lebihย wangiย daripadaย bauย Miskโ.ย (Riwayatย al-Bukhariย danย Muslim) |
| To all our muslim friends, we wish you Salam Ramadhan Al-Mubarak. The beautiful and holy month is coming back bringing so much happiness to the waiting soul. Ramadan month is full of forgiveness and it is time to clean the soul. Happy fasting. |
| Wishing you a blessed Ramadhan. May this auspicious month be filled with the virtues of taqwa, spirit of gratitude, warmth of togetherness and power of peace for you and family. |
| ุงููุณููุงู
ู ุนูููููููู
ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงููููู ููุจูุฑููุงุชููู SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1446H/2025Mย Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Marilah sama-sama kita menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang terbuka.ย |
Pantun Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa
| Membeli suasa di Kota Medan, Cincin tersemat elok berseni; Indahnya berpuasa di bulan Ramadan, Bulan rahmat penyucian nurani. |
| Pokok senduduk di tanah Seberang, Tumbuh subur ditepi jalan; Ramadhan kini sudah menjelang, Ayuh kita tingkatkan amalan. |
| Buah rambutan di dalam raga, Duduk bersama buah pulasan; Bulan Ramadhan mata dijaga, Tundukkan nafsu tingkatkan amalan. |
| Pokok keladi di tepi paya, Tumbuh bersama pohon pegaga; Selamat berpuasa untuk semua, Semoga amalan bertambah pahala. |
| Tinggi-tinggi Bukit Cerakah, Lagi tinggi Gunung Tahan; Ramadhan bulan penuh berkah, Mari kita saling mengingatkan. |
| Sungguh harum daun pandan, Enak dimasak dibuat kaya; Marhan Yaa Ramadhan; Bulan suci penyucian jiwa |
| Kereta kancil kereta kelisa, Parking di bawah pokok kelapa; Hari Selasa dah mula puasa, Jangan makan buat terlupa. |
| Pergi ke hutan memburu rusa, Terpijak duri kaki terluka; Esok kita dah mula berpuasa, Jangan membazir ketika berbuka. |
| Beli sejadah berserta tasbih, Beli dekat Pengkalan Chepa; Malam ini dah mula Terawih, Saja peringat takut terlupa. |
| Sedap sungguh ikan siakap, Masak berlada juadah berbuka; Maaf dipinta salah dan silap, Semoga Allah berkati kita. |
| Kelapa muda petik setandan, Hilangkan dahaga penat dan lelah; Selamat menyambut bulan ramadan, Banyakkan ibadah kpd Allah. |
Poster Salam Ramadhan 2025 dan Selamat Berpuasa





Lihat Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Seluruh Negeri di Malaysia
