Thursday, January 23, 2025
HomeKehidupan“Youtuber” @ Pempengaruh

“Youtuber” @ Pempengaruh

Ketika musim PKP ini, saya mempunyai sedikit masa terluang untuk melayari Youtube, yang kononnya menjadi kegilaan terkini. Dari yang kecil sehinggalah yang tua tidak asing lagi dengan Youtube. Ada kalanya ia dilihat sebagai pengganti televisyen. Namun yang berbaza ialah genre apakah yang menjadi pilihan di Youtube?

Selain daripada menonton video masakan di Youtube (yang selalunya nampak mudah dan pasti menjadi ), saya kini melanggan satu saluran di Youtube yang memaparkan kehidupan seorang anak Malaysia di bumi Perancis. Sebenarnya saya tidak pernah sampai ke tahap melanggan di saluran Youtube. Saya sekadar menonton video secara suka-suka sahaja. Tetapi saluran ini jelas banyak kelainannya.

Pemilik saluran ini mengetengahkan kisah perjalanan hidup wanita cekal ini sehari-hari di rantau orang. Bersuamikan seorang mat salleh, beliau sudah berada lama di sana sehingga dikurniakan 4 orang cahaya mata yang tentunya memiliki raut wajah tampan dan cantik.

Namun itu bukanlah tarikan utama saya melanggan saluran ini, tetapi cara pemiliknya yang ikhlas, santai dan ada kalanya lucu. Beliau langsung tidak berpura-pura. Jika dia memasak, peralatan masaknya memang kegunaan seharian di rumah. Atau mungkin juga jiwa “Youtuber” ini seperti saya iaitu jiwa seorang ibu yang selalu mendahulukan kepentingan keluarganya.

Lagi satu tarikannya ialah cara “Youtuber” ini berkomunikasi dengan khalayak. Beliau menggunakan bahasa Melayu yang masih fasih, kadang kala kedengaran loghat negeri asalnya seolah-olah tidak terkesan langsung dengan bahasa Perancis yang mengelilingi hidupnya. Menawarkan rantai leher wanita yang popular seperti loket, choker dan. Beli barang kemas dalam pelbagai jenis logam dan batu permata yang sesuai untuk sebarang majlis.

Apa yang lebih dikagumi, anak-anaknya juga fasih berbahasa Melayu walaupun mereka dibesarkan di bumi Eropah. Bagaimanakah seorang “Youtuber” yang mempunyai beratus-ratus ribu pengikut menjadi seorang yang sangat merendah diri?

Banyak elemen menarik di saluran ini hinggakan saya tertunggu-tunggu video terbaharunya. Apabila pengikut mengulas video, pasti “Youtuber” ini membalasnya walaupun hanya dengan mengklik “like”. Dan saya juga pernah menerima layanan istimewa ini. Seolah Perancis itu tidaklah jauh mana. Seolah ukhuwah terjalin sudah lama.

Semoga “Youtuber” kegemaran saya ini terus berjaya dalam hidupnya, diperkenankan segala hajatnya, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu. Saya percaya setiap orang ada “Youtuber” pilihan masing-masing, semoga kandungan yang disajikan memberikan inspirasi, aura dan pengaruh positif  untuk para pengikutnya.

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular