Sunday, September 25, 2022
HomeZakat FitrahKadar Zakat Fitrah Kedah 2022 dan Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah Kedah 2022 dan Cara Bayaran Online

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengumumkan kadar zakat fitrah negeri Kedah bagi tahun 2022 / 1443 Hijrah.

Mufti Kedah, SS Dato Paduka Syeikh Fadzil Hj Awang berkata, penetapan kadar zakat itu adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam Kedah pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majis Agama Islam Negeri Kedah (MAIS).

Pun begitu, umat Islam digalakkan untuk membayar secara dalam talian bagi mengelak penularan COVID-19.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah Kedah 2022:1443H
Kredit Photo: Facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah
KadarJenis Beras
RM 7.00Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
RM 14.00Beras Super Import/ Beras Perang/ Beras Pulut/ Herba Ponni/ Beras Wangi
RM 21.00Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah

Kadar RM7 adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis ‘super special’ tempatan dan setaraf dengannya.

Manakala RM14 adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf.

Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya.

Kadar minimum Wajib Zakat Fitrah adalah RM7. Pun begitu adalah afdhal sekiranya membayar dengan gandaan tanpa paksaan mengikut beras kategori RM14 dan RM21 di atas.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2021

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam.

Bayaran online

Bayaran secara online boleh dibuat melalui platform berikut;

Selain itu, bayaran zakat fitrah ini juga boleh dibuat secara atas talian melalui platform berikut;

  • Portal Rasmi Jom Zakat Negeri Kedah

https://jom.zakatkedah.com.my/

  • Portal Zakat Fitrah Kedah

https://zakatfitrah.com.my

  • Aplikasi Zakat On Touch 

https://bit.ly/zotkdh atau  https://www.zakatkedah.com.my/profil/qr.html

Bayaran Melalui Amil Zakat

Menurut Dato’ Syeikh Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, pihaknya sangat mengalu-alukan pembayaran zakat secara dalam talian selain melakukan bayaran menerusi 3,100 amil yang dilantik seluruh negeri.

Katanya, pada tahun ini amil yang dilantik akan menggunakan kaedah digital sepenuhnya sama ada melalui ‘Sistem MyAmil’ yang memaparkan QR Kod untuk diimbas oleh pembayar atau berkongsi pautan pembayaran yang disediakan.

Pembayar pula akan menerima resit pembayaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau emel. Bagi pembayar yang menghadapi masalah untuk menggunakan kaedah digital, amil yang dilantik juga akan dibekalkan dengan buku resit fitrah tetapi dalam kuantiti yang sangat terhad.

Memandangkan kes Covid-19 yang masih tinggi,  pembayar zakat digalakkan untuk membayar secara online atau transaksi tanpa tunai bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk saluran  rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatkedah
Laman Webhttps://www.zakatkedah.com.my/
Telefon1800 88 1740 (Talian bebas tol)04-731 1740
Nombor Rasmi Pejabat Zakat Negeri Kedah

Lihat waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di negeri Kedah mengikut zon.

RELATED ARTICLES

Most Popular