Ia bagaikan tempat melepaskan rindu rakyat Kelantan. Itulah gambaran suasana Pasar Pagi Kelantan yang terletak di Jalan Pantai Dalam. Ia terletak berhampiran dengan Stesen Komuter Pantai Dalam.
Pasar pagi ini dibuka setiap hari Ahad bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ia menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur khususnya warga kota yang berasal dari negeri Kelantan.
Barangan yang dijual di pasar pagi ni kebanyakan datang secara segar dari Kelantan. Ia semata-mata dibawa khas untuk dijual di Pasar pagi ini bagi menampakkan kemeriahan rasa dan keaslian suasana pasar.
Sayur-sayuran segar antara barangan yang boleh diperolehi di Pasar Pagi ini. Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis kuih tradisional serta makanan seperti laksam, nasi kerabu dan nasi berlauk juga ada.

Pasar Pagi ini sentiasa meriah kerana ia menjadi tumpuan warga Kota yang datang untuk mendapatkan barangan segar di sini. Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran segar, etok, kuih muih, ikan masin dan sebagainya boleh didapati di sini.
BACA JUGA : 10 Tempat Makan Popular Pantai Dalam
Pasar yang dibuka hanya pada Hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi ini sentiasa sesak dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Bagi warga Kelantan yang ingin melepaskan rindu negeri, inilah tempat yang sesuai di Kuala Lumpur untuk berkunjung atau sekadar berjalan-jalan bagi memeriahkan suasana di sini.
Mari kita lihat apa yang ada di pasar pagi ini.
Sayur-sayuran Segar

Tu dia sayur-sayuran segar, kangkung, cili, timun, halia dan macam-macam lagi. Ulam-ulam pun ada. Petai pun besar-besar belaka. Lada hijau sedap kalau nak buat lada solok.
Etok

Ni ha, etok pun ada. Sedapnya kalau dapat makan dengan nasi kerabu. Tak payah nak tunggu balik Kelantan atau kirim orang bawakan. Boleh datang sini kalau teringin nak makan etok di KL.
Aneka Nasi Berlauk

Fuhh nasi berlauk sedap sungguh la. Nasi dagang dan nasi kerabu antara yang paling cepat habis. Siapa datang lambat memang kempunan nak makan.
BACA JUGA: 8 Restoran Nasi Kandar Best di KL Yang Pasti Menjilat Jari
Aneka Kuih Tradisional






Kalau nak cari kuih-kuih tradisional Kelantan, memang wajib datang sini. Ada belaka di sini. Dari tapai, kuih peria, belebat ubi, aneka jeruk, ketupat, lompat tikam dan macam-macam lagi jenis juih original Kelantan.
Ikan Masin

Ni ha, ikan masin pun ada sini. Sedap masak makan dengan nasi panas-panas.
Bagaimana Nak Pergi Ke Sini?
Pasar ini terletak dibawah jambatan laluan New Pantai Expressway (NPE). Ada beberapa pilihan dan cadangan pengangkutan sekiranya anda ingin berkunjung sini.
Pertamanya anda boleh menggunakan kenderaan sendiri. Hanya taip di google atau waze “Pasar Pagi Kelantan Pantai Dalam”. Keduanya anda boleh menaiki kenderaan awam iaitu komuter. Ia akan berhenti betul-betul berdekatan dengan pasar ini.
Jika menggunakan kenderaan sendiri, keadaan parking agak susah kerana pasar ini sentiasa menjadi tumpuan. Mungkin anda terpaksa parking sedikit jauh atau ditepi jalan utama dan berjalan ke pasar ini.
Apa tunggu lagi, jom meriahkan Pasar Pagi Kelantan yang terletak di Pantai Dalam ini.
Moga kemeriahan Pasar Pagi ini berterusan
- BACA JUGA: 5 Tempat Makan Best Di Bangsar. Mesti Try
- BACA JUGA: 8 Perangai Penduduk PPR Yang Perlu Di Ubah Agar Tidak Menyusahkan Orang Lain
HANTAR ARTIKEL:
Sekiranya anda berminat untuk
menjadi penulis di laman web
ini, klik sini untuk maklumat
selanjutnya.
Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi