Thursday, September 28, 2023
HomeKehidupanAbam Inspirasi Rakyat Malaysia. Apa Yang Menyebabkan Abam Di Sayangi Ramai Orang?

Abam Inspirasi Rakyat Malaysia. Apa Yang Menyebabkan Abam Di Sayangi Ramai Orang?

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian secara tiba-tiba pelakon dan pelawak terkenal iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, pada pagi hari Isnin 10 Februari 2020. 

Patutlah kita tidak melihat kelibat Abam di skrin TV pada malam Anugerah Juara Lagu yang ke 34 bersama selebriti yang lain. Rupa-rupanya. Abam dikatakan demam dan mengadu kurang sihat dua hari sebelum pemergiannya.

Allahyarham adalah pelakon dan pelawak terkenal kumpulan Bocey bersama dengan Acey dan Fad Bocey. Mereka pernah di dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) pada tahun 2016 dan 2017, Naib Juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018 dan berjaya meraih tempat ketiga pada tahun lalu.

Pelakon Cilik Turut Merasai Kehilangan Abam

Abam adalah seorang yang berhati mulia, rendah diri dan baik tutur bicaranya. Perwatakan beliau sangat disenangi oleh ramai orang hinggakan peminat cilik pun ramai yang meminati karakteristik beliau. 

Dalam satu hantaran di Twitter oleh pengguna yang bernama @zrfhmz memuatkan reaksi seorang kanak-kanak cilik yang menangis apabila mengetahui pelawak kegemarannya Abam meninggal pada pagi Isnin itu yang mendapat pelbagai reaksi dari warga maya. 

  “Abam dah tak ada, saya minat dia,” itu kata-kata seorang peminat cilik sambil menangis teresak-esak apabila menerima berita kematian Abam Bocey.

Dalam pada itu juga beberapa pengguna lain di Facebook turut menzahirkan  kesedihan oleh murid-murid dan anak-anak mereka tentang pemergian Abam.

“Seorang Murid saya tahun 4 menangis tersedu-sedu bila mendengan berita kematian Abam. Tak tahu apa yang menyentuk perasaannya” – Qiftah Junee

“Anak saya umur 7 tahun malam nie dia sambung memangis lagi bila tengok video arwah abam yang telah tiada. Td tengahari sblm g sek agama saya bg tahu dia abam dah tak ada.. Tersedu2 menangis” – Ana Marianah

Apa yang menyebabkan Abam Di Sayangi Ramai?

Abam adalah seorang insan yang sangat berhati mulia yang berada dalam hati semua orang. Perwatakan beliau sangat simple dan lakonan beliau sangat meresap di hati peminat.

Rakan-rakannya juga senang dengan cara pergaulan beliau yang cukup mesra dengan semua orang. 

Bagi pendakwah terkenal Ebit Lew, Abam adalah seorang sahabat yang baik suka kepada jalan dakwah dan suka beri makan kepada orang lain. Abam mencari rezeki untuk ibunya dan adik-adik beliau. Abam biarkan adik kahwin dahulu kemudian baru Abam kahwin. 

Bagi Adiknya iaitu  Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, pemergian abangnya itu sangat memberi kesan buat diri dan keluarga yang lain. 

“Dia pernah cakap dengan saya, kalau kita baik Li (Ali) semua orang sayang kita. Dia tidak pernah gaduh, tidak pernah menyusahkan orang, hari ini terbukti penuh masjid ni nak tengok dia,” Ujar Ali ketika upacara solat jenazah di Masjid Gombak Utara.

Sementara itu bagi Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menyatakan ada 4 amalan Abam yang menjadikannya istimewa sehingga solat jenazahnya penuh seumpama solat Jumaat sehingga diluar masjid. 

  1. Abam memaafkan semua orang yang mengutuk beliau seorang yang gemuk. Abam tidak ambil hati dengan kutukan yang diberikan kepada beliau.
  2.  Abam melawan body shaming dengan penuh bergaya. Ingat tagline yang digunakan oleh Abam ““Gemuk is awesome” ? itu sebenarnya satu motivasi Abam buat insan gemuk yang lain agar mempunyai keyakinan diri dalam kehidupan dan jangan malu dengan fizikal yang gemuk
  3.  Abam sangat sukakan program dakwah. Beliau akan usaha hadirkan diri walaupun bayaran yang tidak tinggi.
  4.  Abam suka membantu ahli keluarganya. Abam pernah berhasrat untuk membawa ibunya pergi Umrah dan bahagiakan orang sekeliling.

Begitulah suatu kehilangan yang sangat dirasai oleh rakyat Malaysia oleh insan yang bernama Abam. Kita pasti akan merindui gelak ketawa dan lakonan-lakonan beliau.

Semoga Abam ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di Sana.

BACA JUGA: “Parasite” Cipta Sejarah. Lihat Bagaimana Filem Ini Berjaya Memenangi Anugerah OSCAR

BACA JUGA: Tempat Makan Best Di Bangsar Yang Boleh Anda Nikmati

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular