Dalam kehidupan rumah tangga, sekali sekala pasangan sama ada suami atau isteri perlulah beri ayat pickupline supaya sentiasa kekal romantik dan Sweet.
Dengan memberikan ayat pickupline, suami isteri akan lebih mesra untuk menambat hati pasangan masing-masing.
Ayat pickupline antara suami isteri juga mampu menambah kemanisan dan menjadikan kehidupan lebih bahagia.
Di sini kami himpunkan beberapa koleksi menarik ayat pickupline cinta suami isteri yang boleh dijadikan idea kepada pasangan anda.
Ayat Pickup Line Bintang dan Bulan
*Situasi suami dan isteri sedang memandang ke langit.
Isteri: Abang, kenapa malam ni tak ada bintang? Suami: Sebab dia ada kat sebelah abang sekarang ni. |
Ataupun
Suami: Yang, tahu tak kenapa malam ni tak nampak cahaya bulan? Isteri: sebab nak hujan kot. Suami: Bukan, sebab cahaya tu ada kat sebelah abang ni. |
I Love You
Isteri: Abang, abang nak minum air apa? Sayang boleh buatkan Suami: Boleh buatkan abang Ayer love you? |
Ayat Pickupline Suami Untuk Isteri Sambil Berehat-rehat
Suami: Sayang, dalam banyak-banyak bunga, buang apa yang paling mahal? Isteri: Bunga apa tu? Suami: Bunga yang ada di depan mata abang ni la |
Resepi Masakan Paling Sedap
Isteri: Bang, macamana masakan saya hari ini? Sedap tak? Suami: Sedap la sayang, ambil mana resepi ni? Isteri : Ambil dari resepi cinta kita |
Ayat Suprise Untuk Encik Suami Yang Pasti Membuatkan Beliau Gembira
Untuk situasi isteri nak beri kejutan buat suami yang isteri mengandung.
Isteri: Abang nampak comel la hari ni. Suami: Ye ke? Isteri: Haah, sama comel macam baby kita yang akan lahir tak lama lagi ni (sambil pegang tangan suami ke perut). |
Isteri Kena Minta Izin
Isteri: Abang, hari ini sayang nak minta izin boleh? Suami; nak pergi mana? Isteri: Nak minta izin untuk mencintai abang selama-lamanya. |
Sentiasalah Berada Di Sisiku
Suami: Eh Sayang jangan duduk situ Isteri; Kenapa? Suami: Sebab situ tak ada abang, meh duduk sini |
Hari Yang Paling Bahagia
Isteri: Abang, dalam banyak-banyak hari, hari apa paling bahagia? Suami:Hari perkahwinan? Isteri: Salah, jawapannya hari-hari mencintaimu |
Ayat Pickupline Suami Isteri Bersempena Ulang Tahun PerkahwinanÂ
Idea ini boleh digunakan semasa sambutan ulang tahun perkahwinan atau kelahiran pasangan masing-masing.
Isteri : Abang, sempena Ulang tahun perkahwinan kita nanti, boleh tak hadiahkan sayang jam? Suami: Sayang nak jam apa? Isteri: JAMbatan ke hati abang |
Apa Maksud TM Tu?Â
Sambil lalu di kawasan Bangsar atau Kerinchi dan ternampak Menara rebung yang tertulis TM
Suami: Sayang tahu tak kenapa diorang tulis TM di atas menara tu? Isteri : tak tahu, kenapa bang? Suami: Sebab nak bagi peringatan yang TM tu bermaksud Terus Mencintaimu . |
Tiada Perbezaan Di antara Kita
Suami: Sayang dengan abang ni sebenarnya tak ada pun perbezaan antara kita Isteri:Kenapa pula? Suami: Sebab kitakan suami isteri. Saling lengkap-melengkapi |
Dunia Ini Gelap Tanpamu
Isteri: Abang, cuba abang pejam mata? Suami: Ada surprise ke ni? OK Abang pejam sekarang. Isteri: Gelap tak? Suami: Haah gelap, Isteri: Macam tu la hidup ni kalau tak ada abang |
Baca juga himpunan pantun rindu klasik yang sangat sweet ini
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI