Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM (Bantuan Barang Dapur)

0
95
Permohonan Bakul Prihatin Negara JKM (Bantuan Barang Dapur)

Bakul Prihatin Negara merupakan inisiatif Kerajaan yang tidak pernah henti dalam memastikan tanggungjawab terus dipikul untuk membantu rakyat yang terkesan.

“Patuh sayap bertongkat paruh”

Sebanyak RM21 juta telah disumbangkan oleh Kerajaan dan sektor korporat bagi meningkatkan sumbangan bantuan Bakul Makanan yang bukan sahaja tertumpu kepada golongan B40 malah kepada semua yang turut mengalami situasi ekonomi yang terjejas.

Kongsikan berita gembira ini kepada mereka yang amat memerlukan. Dalam hal ini Kerajaan sentiasa cakna dalam memikul tanggungjawab membantu masyarakat yang memerlukan.

Cara memohon Bantuan Barang Dapur Bakul Prihatin Negara JKM

Kepada mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh memohon bantuan menerusi talian :

  1. Talian Kasih 15999
  2. Whatsapp 019-2615999
  3. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan tempat tinggal anda dengan menelefon talian yang tersenarai di laman web https://www.jkm.gov.my/
  4. Media Sosial Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)

Facebook

Instagram

Twitter

Laman web: https://www.jkm.gov.my/

Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.

Hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan anda.

Apa Yang Ada Dalam Bakul Prihatin Negara?

Setiap bakul makanan bernilai RM50 iaitu; beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

Bil.Barang Keperluan
1.Beras
2.Gula
3.Tepung gandum
4.Bihun
5.Kicap
6.Sardin
7.Biskut
8.Kopi
12.Garam

Senarai Bilik Gerakan JKM Daerah

Perlis

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Perak

Pulau Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Wilayah Persekutuan

Semoga dengan kerjasama antara Kerajaan dan syarikat korporat yang terbentuk ini menjadi contoh terbaik  berkonsepkan “whole of society” kepada seluruh masyarakat untuk terus cakna dan prihatin bagi membantu satu sama lain.

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy

Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmyy
Group-Facebook-Group-Info-Bantuan-Semasa-2021-1024x455
Join Group Facebook Info Bantuan Semasa 2021

Laporan Akhbar Harian Metro

PM lancar program Bakul Prihatin Negara

Putrajaya: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program Bakul Prihatin Negara, yang membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta.

Bercakap kepada media selepas meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, Muhyiddin berkata, program itu adalah komitmen kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Program berkonsepkan ‘masyarakat menyeluruh’ membabitkan kerjasama kerajaan dan syarikat korporat dan ia diuruskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah KPWKM.

Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

“Dalam soal pengurusan kebajikan rakyat ni kita tak boleh berkompromi. Selagi masalah pandemik Covid-19 belum dapat diatasi dan soal ekonomi belum pulih, saya cukup prihatin dan rasa agak bertanggungjawab untuk menentukan kesejahteraan rakyat di negara kita tak kira apa latar belakang mereka, di mana mereka berada, mestilah kita laksanakan dan kita berikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata, daripada peruntukan RM21 juta itu, RM5 juta adalah peruntukan kerajaan manakala RM16 juta disumbangkan oleh syarikat korporat.

Beliau berkata, setakat ini, tidak termasuk Bakul Prihatin Negara, kerajaan menyalurkan sebanyak 2.315 juta bakul makanan membabitkan peruntukan RM173.4 juta yang memanfaatkan seramai 9.26 juta orang sejak pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan fasa pertama pada Mac tahun lalu.

“Sebahagian besar dari kumpulan sasar yang ada baik M40, B40, atau T20 yang terkesan kerana tak boleh nak berniaga dan berhenti kerja, semua kita sampaikan bantuan,” katanya. Disiarkan pada: Julai 15, 2021 @ 11:43am