Dalam Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul, Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.
Secara keseluruhan, pemberian BPR dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH.
Dalam Belanjawan 2021 juga, Kerajaan turut memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan PRIHATIN bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.
Oleh yang demikian, berapakah jumlah bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan diterima ini?
Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200 ringgit.
Manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4001 hingga RM5000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 ringgi kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.
Bantuan Golongan Bujang
Semenara itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan inisiatif ini kepada golongan bujang. Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.
Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
Sebagai info lanjut tentang jumlah bayaran yang akan diterima, rujuk infografik di bawah ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Belanjawan 2021,boleh tonton rakaman pembentangan di bawah ini.Â
Kerajaan juga turut menaikkan kadar elaun pekerja OKU kepada RM450 daripada RM400. Untuk mengetahui cara dan syarat memohon elaun ini, sila rujuk pada pautan di bawah.