Elaun Pekerja Cacat (EPC) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi meringankan bebanan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menggalakkan mereka untuk berdikari melalui pekerjaan yang dilakukan.
Elaun ini diberikan secara bulanan kepada OKU yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat penilaian sebelum kelulusan elaun ini diberikan kepada OKU yang layak.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon Elaun Pekerja Cacat, beberapa perkara ini anda perlu ketahui sebelum membuat permohonan.
Apakah Itu Elaun Pekerja Cacat (EPC)?
Elaun Pekerja Cacat (EPC) merupakan bantuan bulanan yang diberikan kepada Orang Kurang Upaya bagi menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari seterusnya menjadi individu yang produktif dan menyumbang kepada negara.
Berapakah Jumlah Bayaran Elaun Untuk EPC?
Kadar elaun terkini yang diberikan kepada OKU yang layak ialah sebanyak RM450 sebulan seorang. Ini berdasarkan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 pada 6 November 2020.
Syarat-syarat Permohonan Elaun Pekerja Cacat (EPC)
OKU yang ingin memohon EPC perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah; * Berdasarkan pengumuman terkini kerajaan tentang had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada RM1,200 kepada RM1,500 dalam Perutusan Khas Perdana Menteri PEMERKASA
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Cara Memohon Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dokumen Yang di Perlukan Untuk Memohon EPC
Beberapa dokumen yang berkaitan perlu disediakan bagi mereka yang ingin memohon EPC iaitu;
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Mykid/Sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja.
- Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU).
- Pengesahan rawatan dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/elektrik/telefon/astro dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat).
*untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang perlu disediakan, sila rujuk senarai semak dokumen sokongan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat melalui borang JKM 18 di bawah.
Borang Permohonan EPC
Pemohon yang ingin memohon EPC hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh JKM iaitu borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Borang ini boleh diperolehi di mana-mana pejabat JKM atau boleh muat turun (Download) melalui pautan berikut;
http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf
Cara Pembayaran EPC
Pembayaran untuk EPC akan dikreditkan secara bulanan ke akaun pemohon yang didaftarkan melalui borang yang diisi.
Soalan Lazim Berkaitan Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Tiada had gaji minimum ditetapkan.
Tidak layak kerana pemohon masih berstatus pelajar sekolah.
Pengesahan OKU yang bekerja sendiri oleh pihak yang berautoriti seperti Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK)/ Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah atau Pegawai Kes.
Tidak layak. Ini adalah kerana OKU yang menjalani latihan praktikal masih berstatus pelatih.
OKU yang berumur 16 tahun dan ke atas. Tiada had umur maksimum selagi OKU tersebut bekerja dan menepati syarat yang telah ditetapkan dalam pemberian EPC.
OKU tersebut layak diberikan EPC sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan.
Penerima EPC layak diberikan BAT/ BGP kerana golongan ini merupakan kumpulan sasar dan penerima bantuan JKM.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai EPC, anda bolehlah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 0380008000.
Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Sumber rujukan: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat http://www.jkm.gov.my/
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menawarkan skim bantuan membeli motosikal OKU kepada golongan asnaf bagi memudahkan pergerakan dan menjana pendapatan.
Terdapat pelbagai jenis kerusi roda di pasaran. Namun adakah ianya bersesuaian dengan anda?
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI