Tuesday, March 19, 2024
HomeTokoh6 Fakta Menarik Tentang Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia Yang Baharu...

6 Fakta Menarik Tentang Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia Yang Baharu (2020)

Perlantikan Tengku Zafrul sebagai Menteri kewangan Malaysia yang baharu menarik perhatian banyak pihak. Ini kerana perlantikan beliau agak berbeza daripada amalan biasa iaitu bukan daripada kalangan orang politik.

Perlantikan ini dikira sebagai suatu sejarah dalam pentadbiran kabinet Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA JUGA: Bagaimana Kita Boleh Membantu Barisan Hadapan Negara Dalam Menghadapi Covid-19?

Siapa sebenarnya Tengku Zafrul ini sehingga menjadi watak penting dalam pentadbiran negara?

Jom tengok beberapa fakta penting tentang beliau.

1) Mempunyai Seorang Isteri dan Empat Orang Anak

Tengku Zafrul atau nama sebenar beliau adalah YM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz. 

Beliau  dilahirkan pada 25 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Pada tahun ini umur beliau adalah 47 tahun. 

Beliau berkahwin dengan Raja Datin Sri Johanna Raja Arshad dan dikurniakan empat orang anak. Dua perempuan dan dua lelaki iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

Bapa beliau adalah Tengku Abdul Aziz seorang ahli perniagaan. Manakala ibu beliau Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

2) Mempunyai Degree dan Master dari United Kingdom (UK)

Tengku Zafrul memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari University of Bristol United Kingdom. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Sastera (Master) dalam bidang Pengurusan dan Kewangan dari University of Exeter UK. 

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling (PJ) dan SK Bukit Bintang. Beliau juga pernah belajar di kolej berprestij negara iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum mengikuti pengajian A level di Sherborne School, UK.

3) Berpengalaman Selama 22 Tahun Dalam Sektor Perkhidmatan Kewangan

Sumber: Twitter

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan yang baru ini mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor kewangan. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang Perbankan Pelaburan.

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Menjadi Menteri kewangan adalah Pengarah Eksekutif CIMB Group Holding Bhd.

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1996 sebagai eksekutif kewangan korporat AM Investment.

Beliau juga pernah menjadi CEO Maybank Investment Bank dari Jun 2010 – Disember 2013 iaitu selama 3 tahun 7 bulan.

4) Seorang Yang Aktif Bersukan

Tengku Zafrul adalah seorang yang aktif bersukan untuk kekal cergas. Antara sukan yang diceburi beliau adalah marathon, berbasikal dan berenang.

Beliau pernah menghabiskan 6 acara marathon di bawah “Abbott World Marathon Majors”. Anda boleh baca catatan inspirasi beliau dalam acara marathon di sini.

Sumber: World Marathon Majors

5) Mempunyai Akaun Instagram, Linkedin, Twitter dan Facebook

Tengku zafrul mempunyai akaun instagramnya yang tersendiri dengan id @zafrulaziz.

Namun sebaik sahaja pengumuman oleh TSMY mengenai jawatannya sebagai menteri kewangan, beliau telah private akaun beliau. Kini akaun tersebut telah dinyahaktifkan oleh beliau.

Jumlah followers beliau pada ketika itu adalah sebanyak 24.2K.

Pun begitu, beliau telah membuat akaun Instagram yang baharu bertujuan untuk kegunaan rasmi beliau sebagai Menteri Kewangan Malaysia dengan ID tzafrul_aziz

Selain itu beliau juga banyak mencatatkan pengalaman peribadi dan pekerjaan di Linkedin

Sehingga catatan ini ditulis, followers beliau di Linkedin adalah seramai 17K.

Tengku Zafrul juga mempunyai akaun Twitternya iaitu @tzafrul_aziz. Ia banyak digunakan untuk mengemaskini berita semasa. Begitu juga dengan akaun Facebook beliau yang bernama @tzafrulaziz yang banyak digunakan untuk urusan rasmi.

6) Peminat Kelab Liverpool

Selain Menteri agama yang baru, Tengku Zafrul juga adalah salah seorang peminat setia kelab terkemuka Liverpool.

Dalam caption di profile Instagram beliau, tertulis “Liverpool Forever”



Semoga perlantikan Menteri Kewangan yang baru ini dapat memulihkan ekonomi negara ke tahap yang memberangsangkan.


Baca juga fakta yang menarik ini mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

BACA JUGA: 7 Perwatakan Agong dan Raja Permaisuri Yang Menjadi Inspirasi Rakyat Malaysia

BACA JUGA: 10 Cara Efektif Mengawal Stress Ketika Perintah Kawalan Pergerakan


Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi

RELATED ARTICLES

Most Popular