Dalam mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan bantuan terkini iaitu Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0
Terdapat 12 inisiatif yang dikenal pasti untuk golongan sasar yang layak menerima bantuan ini yang amat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung di seluruh negara.
Mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini boleh memohon bantuan yang ditawarkan oleh pihak MAIWP.
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan zakat kecemasan MAIWP 3.0 ini, beberapa perkara berikut perlu anda ketahui.
Tarikh Permohonan Bantuan
Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021 secara atas talian (online).
Syarat Utama Permohonan
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;
- Golongan B40 yang terjejas dengan pendapatan.
- Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
- Pemohon BUKAN merupakan Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
- Pemohon BUKAN penerima Bantuan Penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0.
*penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0 akan menerima bantuan ini secara automatik.
Siapa Yang Tidak Layak Memohon Bantuan Ini?
Pemohon yang tidak layak menerima bantuan ini ialah;
- Penerima bantuan kewangan bulanan Baitulmal MAIWP.
- Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi:
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
Tarikh dan Jumlah Bantuan Diberikan
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 secara one-off yang akan disalurkan secara berperingkat bermula Jun hingga Julai 2021 kepada mereka yang layak.
Bagaimana Bantuan Disalurkan
Untuk penerima Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 3.0 Jun – Julai 2021 akan menerima bantuan ini sebanyak RM500 secara one-off (sekali gus).
Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke bank akaun penerima.
Info dan Pertanyaan
Untuk info terkini dan sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung di Facebook Baitulmal
Atau melalui
TALIAN HOTLINE
Kuala Lumpur: 0125183614 / 0125127614 Putrajaya : 0115949 6216 / 01163038443 Labuan : 0138516066
Facebook MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq
Instagram MAIWP: https://www.instagram.com/hqmaiwp/
Twitter MAIWP: https://twitter.com/maiwphq
Laman web : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
YouTube MAIWP: https://www.youtube.com/c/MAIWPTV
Soalan Lazim / FAQ Berhubung Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP
Permohonan bantuan akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021
Secara dalam talian di ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat
RM500 secara one-off.
1. Golongan B40 yang terjejas dengan pendapatan.
2. Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
3. Pemohon BUKAN merupakan Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
4. Pemohon BUKAN penerima Bantuan Penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0.