Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 (ISNIN), telah mengumumkan Bantuan Khas Covid19 bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021
Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang terdiri daripada miskin tegar (isi rumah dan bujang), B40 (isi rumah dan bujang) dan M40 (isi rumah dan bujang).
Bantuan Khas Covid19 yang diumumkan Kerajaan ini merupakan inisiatif terbaharu kepada rakyat yang terjejas dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)
Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Bantuan Khas Covid19 dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.
Apa Itu Bantuan Khas Covid19 (BKC)
Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021.
Ia bertujuan membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang,
Kadar Bantuan
Kadar bantuan ini diberikan secara berbeza mengikut kategori penerima yang terdiri daripada miskin tegar isi rumah dan bujang, golongan B40 isi rumah dan bujang serta M40 isi rumah dan bujang.
Kadar bantuan BKC adalah sebagaimana berikut;

Tarikh Bayaran
Isi Rumah – Kategori Miskin Tegar
Ogos – RM500
November – RM500
DIsember – RM300
Bujang – Kategori Miskin Tegar
Ogos – RM200
November – RM300
Isi Rumah Kategori B40
Ogos – RM 500
Disember – RM300
Bujang Kategori B40
Ogos – RM200
Isi Rumah Kategori M40
Ogos – RM250
Bujang Kategori M40
Ogos – RM100
Cara Memohon Bantuan Khas Covid19
Buat masa ini kerajaan belum memperincikan bagaimana cara permohonan ini akan dilaksanakan sama ada ianya dibuat secara online seperti Bantuan Prihatin Rakyat ataupun semakan melalui agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JKM, LHDN dan sebagainya.
Pihak Kementerian Kewangan ataupun pihak-pihak yang berkaitan dijangka akan mengumumkan proses permohonan ini dalam masa terdekat.
Semoga bantuan khas yang diumumkan oleh kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang.