Thursday, January 23, 2025
HomeArtikelPermohonan Beras Percuma MyBeras Kementerian Wilayah Persekutuan

Permohonan Beras Percuma MyBeras Kementerian Wilayah Persekutuan

Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengedarkan beras percuma melalui Program MYBERAS yang diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan.

Ia bertujuan meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang dari golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan hasil dari perniagaan Yayasan Wilayah Persekutuan, sumbangan peribadi YB Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan korporat serta individu yang prihatin.

Bagaimana ingin memohon beras percuma ini? Baca maklumat berikut.

Apa itu MyBeras

MYBERAS adalah sumbangan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.

MYBERAS@Wilayah merupakan salah satu inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di https://www.yayasanwp.org/myberas

Jenis Bantuan Yang Diberikan Melalui Program MyBeras

Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi setiap keluarga yang layak.

Tarikh Permohonan MyBeras

MYBERAS akan dimulakan pada 1 Februari 2021 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin.

Tempoh agihan sumbangan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021, berdasarkan sumbangan beras yang diterima dari orang ramai dan badan korporat yang menyumbang.

Syarat Memohon Bantuan MyBeras

Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan daripada inisiatif program MYBERAS  ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.

Cara Memohon Bantuan MyBeras

Bantuan beras percuma ini akan diedarkan melalui para MPPWP yang akan menguruskan sumbangan MYBERAS di parlimen masing-masing.

Rakyat yang layak boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP zon masing-masing. Sila rujuk senarai nama pengerusi MPPWP di Setiap Parlimen di bawah.

Setiap minggu kupon yang berlainan warna dengan tempohsahlaku yang berbeza akan dikeluarkan.

Rakyat boleh ke lokasi pengagihan yang tercatat di belakang kupon dalam tempohsahlaku kupon.

Sekiranya tempohsahlaku tamat, sila berhubung dengan MPP berkaitan.

Senarai Pengerusi MPPWP di Setiap Parlimen

NoJawatanNamaNo. Telefon
1Pengerusi Mppwp Zon SetiawangsaEn. Yusaini Bin Amir012-3397450
2Pengerusi Mppwp Zon TitiwangsaY.Bhg. Datuk Azizulrahman Bin Mohd Hussain Malim019-2290470
3Pengerusi Mppwp Zon SeputehPn. Chan Quin Er012-2077017
4Pengerusi Mppwp Zon CherasY.Bhg. Datuk Mahadi Hj Abd Shukor012-4755700/019-3912649
5Pengerusi Mppwp Zon SegambutY.Bhg. Datuk Daniel Ling Sia Chin012-2020696
6Pengerusi Mppwp Zon Wangsa MajuY.Bhg. Datuk Hj Hamdan Bin Mohd Yusoff019-2884161
7Pengerusi Mppwp Zon Lembah PantaiY.M Tengku Zuhri Bin Tengku Abdul Aziz012-6531977
8Pengerusi Mppwp Zon KepongEn. Fong Kah Wei012-3368764
9Pengerusi Mppwp Zon Bandar Tun RazakEn. Mohd Shahni Bin Ismail019-3839677
10Pengerusi Mppwp Zon BatuTn. Haji Gulam Muszaffar Bin Gulam Mustakim019-2510880
11Pengerusi Mppwp Zon Bukit BintangEn. Phang Boon Chai012-2343771
12Pengerusi Mppwp Zon PutrajayaY.Bhg. Datuk Shokri Bin Shafee019-6633602
13Pengerusi Mppwp Zon LabuanEn. Mohd Dzulfaizal Bin Ab Manan016-5559539

Info dan Maklumat lanjut

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073
Email: [email protected]
www.yayasanwp.org.my

Kementerian Wilayah Persekutuan juga memberikan lesen sementara percuma kepada peniaga kecil di Wilayah untuk para peniaga yang dibuka sehingga 31 Mac 2021.

RELATED ARTICLES

Most Popular