Cara Memohon Lesen Sementara KL PRIHATIN Untuk Peniaga Kecil di KL

0
784
Cara Memohon Lesen Sementara KL PRIHATIN Untuk Peniaga Kecil di KL

Susulan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai ‘Wilayah Bebas Berniaga’ baru-baru ini, anda kini boleh memohon lesen sementara berniaga secara percuma. 

Inisiatif itu dibuat bagi meringankan beban peniaga di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Menteri Wilayah, sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat berniaga yang sesuai misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

Walaupun kadar bayaran untuk lesen sementara ini adalah percuma, tetapi peniaga perlu mematuhi syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak DBKL. 

Syarat dan Kaedah Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin 

Syarat memohon lesen sementara adalah sebagaimana berikut;

  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.  
  2. Membuat permohonan secara dalam talian di https://elesen.dbkl.gov.my atau menghantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan yang diperlukan : 
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Pelan lokasi 
    3. 1 gambar lokasi 
    4. Surat kebenaran pemilik tanah/bangunan/kompleks (jika berkaitan)  

Borang Permohonan 

Borang boleh dimuat turun di https://elesen.dbkl.gov.my  

atau boleh muat turun melalui pautan berikut;

https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/Forms/Borang%20Lesen%20Sementara%20KL%20Prihatin%201.pdf

Tarikh Permohonan 

Permohonan dibuka mulai 15 November 2020 hingga  31 Mac 2021.

Lokasi Penghantaran Borang

  1. Lokasi awam/persendirian – hantar di pejabat cawangan DBKL mengikut parlimen. 
  2. Lokasi di Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang diselia oleh DBKL – hantar di pejabat zon perumahan yang berdekatan.

Lokasi/Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan 

  1. Tapak permohonan aktiviti perniagaan adalah tertakluk kepada kelulusan Datuk Bandar Kuala Lumpur. 
  2. Bagi tapak dalam tanah/kawasan persendirian/ bangunan/kompleks kerajaan perlu mendapat kebenaran pemilik atau pihak pengurusan. 

Jenis Aktiviti Perniagaan Yang Dibenarkan 

  1. Makanan dan minuman;  
    • Aktiviti menggoreng / memasak dalam skala kecil adalah dibenarkan dengan syarat hanya penggunaan satu (1) tungku dapur sahaja. Contoh : pisang goreng, keropok lekor dan burger.  
  2. Barangan Kering (pakaian, kasut dan sebagainya) ; 
  3. Buah-buahan.  
  4. Barangan mentah/basah  

 **  Memastikan tiada sisa/sampah tidak ditinggalkan di tapak perniagaan dan hendaklah dibuang di tong sampah yang bersesuaian. 

Jenis Aktiviti Perniagaan Yang Tidak Dibenarkan  

  1. Barangan kawalan seperti tembakau, bahan letupan, ‘vape’, alkohol, dan lain-lain yang menyalahi Undang-Undang;  
  2. Perkhidmatan dan sewaan seperti ‘kiddy ride’, urutan, judi, gunting rambut, basikal dan sebagainya. 

Waktu Perniagaan 

  1. Pagi : 7:00 pagi sehingga 11:00 pagi 
  2. Tengahari : 11:00 pagi sehingga 3:00 petang 
  3. Petang : 3:00 petang sehingga 7:00 petang 
  4. Malam : 7:00 petang sehingga 10:00 malam  

**  Tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan.

** Pemohon boleh memilih waktu 1/2/3/4 untuk masa perniagaan tetapi tertakluk kepada kelulusan DBKL.  

Tempoh Lesen  

15 November 2020 sehingga 15 April 2021 sahaja. 

Kadar Bayaran Fi Lesen   

PERCUMA.   

Peralatan dan Saiz Tapak    

  1. Meja lipat dan dialas;  
  2. Saiz kanopi / tapak 8’x8’.

Syarat Lesen   

  1. Lesen terhad kepada satu orang satu lokasi sahaja (Penjaja yang mempunyai lesen sedia ada tidak dibenarkan memohon) ;  
  2. Keutamaan kepada pemastautin di Kuala Lumpur;  
  3. Jualan secara bungkus sahaja (‘take away’) ;  
  4. Pelesen hendaklah sentiasa berada di tapak; 
  5. Tiada warga asing dibenarkan terlibat dalam aktiviti perniagaan;  
  6. Pelesen perlu mengambil suntikan typhoid (makanan/minuman sahaja) ;  
  7. Tidak dibenarkan membina sebarang struktur semi kekal / kekal;  
  8. Tidak dibenarkan meletakkan kerusi/meja untuk pelanggan;  
  9. Memastikan kebersihan di sekitar tapak perniagaan semasa dan selepas perniagaan;  
  10. Menyediakan tong sampah yang bertutup secukupnya di sekitar lokasi perniagaan;  
  11. Memastikan tiada sampah ditinggalkan selepas tamat masa perniagaan;  
  12. Tidak dibenarkan mencuci peralatan di tapak perniagaan;  
  13. Mengosongkan tapak perniagaan selepas waktu perniagaan;  
  14. Mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM dan MKN;
  15. Pemegang lesen tertakluk kepada UUK Pelesenan Penjaja WPKL 2016.

Penguatkuasaan  

  1. Kesalahan kali pertama – AMARAN (Notis Penguatkuasaan);  
  2. Kesalahan kali kedua – Notis KOMPAUN;  
  3. Kesalahan kali ketiga dan seterusnya – tindakan BATAL lesen dan SITA serta merta.  
  4. Datuk Bandar Kuala Lumpur berhak untuk membatalkan mana-mana lesen yang telah diluluskan sekiranya pelesen gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan atau terdapat aduan orang ramai atau wujud kacauganggu atau perkara lain yang difirkan perlu. 

Lain-lain Maklumat

 

Info lanjut dan Pertanyaan

Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 4 & 5, Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50300 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 20282000 / 26179000
Faks: 03 – 2694 7758
E-mel: jppp@dbkl.gov.my 

Soalan Lazim & FAQ Lesen Sementara KL Prihatin

Bilakah Tarikh Permohonan dibuka?

Permohonan dibuka mulai 15 November 2020 hingga  31 Mac 2021 

Di manakah lokasi untuk menghantar borang lesen sementara KL Prihatin?

1. Lokasi awam/persendirian – hantar di pejabat cawangan DBKL mengikut parlimen. 
2. Lokasi di Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang diselia oleh DBKL – hantar di pejabat zon perumahan yang berdekatan.

Bilakah waktu perniagaan yang dibenarkan?

Pagi : 7:00 pagi sehingga 11:00 pagi 
Tengahari : 11:00 pagi sehingga 3:00 petang 
Petang : 3:00 petang sehingga 7:00 petang 
Malam : 7:00 petang sehingga 10:00 malam

Berapakah Kadar Bayaran untuk Lesen?  

Percuma

 


Bagi perusahaan kecil sederhana (pks) yang telah membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0), semakan kelulusan boleh dibuat bermula 15 November 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here