Wednesday, April 17, 2024
HomeInfo“Permohonan DiLuluskan” Status Purple Bertukar Hijau Semakan KWSP

“Permohonan DiLuluskan” Status Purple Bertukar Hijau Semakan KWSP

Jika anda membuat semakan terkini status permohonan Pengeluaran Khas KWSP, status yang mungkin tertera adalah  berwarna hijau yang tertulis “PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN”.

Sebelum ini, semakan status yang dibuat pada 9 April yang lalu, hanya memaparkan warna ungu/purple “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA” dan “PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD”.

Semakan Status Pengeluaran Khas

Untuk mengetahui sama ada status permohonan anda diluluskan ataupun masih diterima,  boleh buat semakan secara online melalui link berikut;

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Semakan Status Permohonan Melalui i-Akaun

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan melalui i-Akaun KWSP melalui pautan;

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Ikuti langkah-langkah berikut;

  • Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
  • Masukkan User ID
  • Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
  • Masukkan kata laluan dan klik log masuk 
  • Klik pada Withdarawl/Pengeluaran

Status KWSP “Permohonan Anda Telah DiLuluskan”

Ramai yang sudah membuat semakan terkini di laman portal KWSP.

Alhamdulillah, ramai yang terima status “Permohonan Anda Telah DiLuluskan” sebagaimana di bawah;

Permohonan anda Telah diluluskan Pengeluran Khas

Tarikh pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini adalah berdasarkan kepada tarikh yang tertera pada status kelulusan permohonan anda.

Untuk makluman, bayaran ini dikreditkan secara secara berperingkat.

Bagi ahli yang membuat permohonan lewat, kebarangkalian tarikh bayaran juga adalah lewat.

Status Permohonan Anda Telah Diterima

Untuk yang masih terima status “PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA”, boleh cuba semak melalui i-Akaun KWSP.

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Cara semakan;

1. Log in i-akaun

2. Klik pada bahagian withdrawal/pengeluaran.

Ia akan memaparkan sejarah pengeluaran dan status permohonan terkini sebagaimana contoh di bawah.

Status Permohonan KWSP diluluskan melalui i-Akaun

Status Permohonan Masih Lagi Diterima

Sekiranya kedua-dua kaedah di atas masih belum berjaya, jangan khuatir kerana permohonan anda dalam proses semakan kelulusan.

Menurut KWSP jika status anda masih lagi Purple (Permohonan Anda Telah DiTerima) ia bermaksud diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat.

Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di Portal Pengeluaran Khas.

Jika Status Anda Masih lagi seperti di bawah

Tarikh Bayaran

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini adalah berdasarkan kepada tarikh yang tertera pada status kelulusan permohonan anda.

Bayaran dijadual akan dikreditkan ke dalam akaub bank anda pada 21 April 2022

Untuk makluman, bayaran ini dikreditkan secara secara berperingkat.

Bagi ahli yang membuat permohonan lewat, kebarangkalian tarikh bayaran juga adalah lewat.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April 2022

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-ff sekali bayar.

Kaedah Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. 

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Tersalah Isi Nombor Akaun Bank Ketika Memohon 

Menurut KWSP sekiranya anda tersalah isi nombor akaun ketika permohonan Pengeluaran Khas, tiada sebarang pindaan nombor akaun dapat dilakukan

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP ini akan digantikan dengan Cek Jurubank.

Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank. (lihat no 4 & 5 kaedah Bayaran di atas).

Kelulusan Pengeluaran Khas

Bagi permohonan Pengeluaran Khas ini, status kelulusan diterima atau tidak adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan seperti yang dinyatakan dalam FAQ nombor 2, 3, 4 dan 5 iaitu;

  • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
  • Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Kelulusan adalah bergantung kepada syarat dan kelayakan no 2, 3 4 dan 5 FAQ

Semoga anda dapat gunakan wang pengeluaran ini dengan sebaik mungkin kerana menurut KWSP  pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas selepas  i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Soalan Lazim

Link Semakan KWSP 10K Pengeluaran Khas

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Bila status saya akan bertukar dari Purple ke Hijau?

Anda perlu buat semakan dari semasa ke semasa.

Bila Tarikh Bayaran?

Pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini adalah berdasarkan kepada tarikh yang tertera pada status kelulusan permohonan anda.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment) atau secara one-ff sekali bayar.

RELATED ARTICLES

Most Popular