Friday, March 29, 2024
HomeInfoDownload Borang Permit Rentas Negeri dan Daerah Terkini PKP 3.0 2021

Download Borang Permit Rentas Negeri dan Daerah Terkini PKP 3.0 2021

[Update] Bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar atau masuk serta melalui negeri yang berada dalam PKP perlu mengemukakan borang permit rentas negeri yang dikeluarkan oleh PDRM. 

Sekatan jalan raya akan dilaksanakan bagi negeri-negeri yang dikenakan PKP sepanjang tempoh pelaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan .

Bagi mereka yang gagal mengemukakan borang permit rentas negeri dan ditahan oleh pihak berkuasa boleh dikompaun sehingga RM1,000 dan dihadapkan ke mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. 

Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah dinasihatkan untuk mengisi borang rentas negeri dan mendapat kelulusan daripada pihak polis. 

“HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH” Oleh Majlis Keselamatan Negara

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp)/borang-permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp).jpeg

Borang Rentas Negeri PKP 2.0

2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2

Borang Rentas Negeri PKPB 2.0

Cara Mengisi Borang

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM; (FB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

Sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKP dan PKPB ini berkuat kuasa.

Sumber: 

Download Borang Permit Rentas Negeri PKP dan PKPB

Anda juga boleh download borang ini melalui pautan di bawah: 

Tarikh Kemaskini: 13 Januari 2021


Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu hanya menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Dapatkan CONTOH SURAT KEBENARAN DARIPADA MAJIKAN di sini.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular