Bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar atau masuk daerah serta melalui negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)perlu mengemukakan borang permit rentas negeri yang dikeluarkan oleh PDRM.
Sekatan jalan raya akan dilaksanakan bagi kawasan PKP di seluruh negara.
Bagi mereka yang gagal mengemukakan borang permit rentas negeri dan ditahan oleh pihak berkuasa boleh dikompaun dan dihadapkan ke mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali”.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri dinasihatkan untuk mengisi borang rentas negeri dan mendapat kelulusan daripada pihak polis.
“HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH” Oleh Majlis Keselamatan Negara
Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.
Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.
Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:
1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp)/borang-permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp).jpeg

2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2

Cara Mengisi Borang
Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:
1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;
2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;
3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Sumber:
Download Borang Rentas Negeri PKP 2.0 dan PKPB 2.0
Pekerja boleh Hadir ke pejabat dengan pas pekerjaan serta surat pengesahan oleh majikan. Contoh surat pengesahan majikan adalah sebagaimana berikut:
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI