Wednesday, September 27, 2023
HomeKehidupanBuat Pertama Kali Dr Noor Hisham Muncul Dalam Animasi BoBoiBoy Untuk Memberi...

Buat Pertama Kali Dr Noor Hisham Muncul Dalam Animasi BoBoiBoy Untuk Memberi Pesanan Penting Buat Rakyat Malaysia

Cyberjaya, 23 Oktober 2020  ⁠—  Buat pertama kalinya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham membuat kemunculan di kaca televisyen sebagai figura animasi 3D bagi menyampaikan satu pesanan yang amat penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

Video pesanan khidmat masyarakat yang bertajuk ‘CAPP: Kuasa Untuk Lawan Covid-19’, menampilkan wira animasi BoBoiBoy bersama Tan Sri Dr. Noor Hisham sebagai wira sanjungan rakyat Malaysia, yang sedang mengetuai usaha menghentikan penularan Covid-19 di Malaysia. Menerusi video itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menjadi adiwira tanpa memerlukan kuasa luar biasa untuk memerangi wabak COVID-19 dengan mengamalkan CAPP iaitu ‘CEGAH dari awal’, ‘AMALKAN norma baharu’, ‘PATUHI SOP’ dan ‘PANTAU status kesihatan’.

Video berdurasi 1 minit tersebut kini tular di pelbagai laman media sosial dengan lebih 150 ribu jumlah tontonan di akaun rasmi YouTube, Facebook dan Instagram BoBoiBoy dalam tempoh 24 jam. Video tersebut juga telah di Retweet hampir 30 ribu kali melalui Twitter BoBoiBoy, KKM dan pengguna-pengguna lain. Rata-rata, pengguna laman sosial memuji kreativiti dan mesej yang ingin disampaikan oleh pihak KKM dan Monsta.

Pesanan khidmat masyarakat itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Monsta dengan tujuan utama mendidik seluruh rakyat Malaysia tidak kira usia, agama atau bangsa untuk meningkatkan rasa tanggung jawab dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang semakin meningkat dengan pertambahan kes baharu setiap hari.


Individu ini merupakan figura penting buat kita dalam suasana pandemik yang melanda negara sejak awal tahun.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular