Thursday, January 23, 2025
HomeTokoh7 Fakta Menarik Tentang Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

7 Fakta Menarik Tentang Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan figura penting sejak tercetusnya Covid19 di Malaysia akhir Januari yang lalu. 

Pada ketika itu, masih ramai yang belum mengenali sosok tubuh beliau kerana kesibukan rakyat Malaysia terhadap isu-isu politik dan isu lain negara.

Namun, apabila Covid19 diisytiharkan sebagai pandemik di seluruh dunia, kemunculannya sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia dan wartawan bagi mengumumkan status terkini kes Covid19 di Malaysia. 

BACA JUGA : 10 Cara Efektif Mengawal Stress Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Setiap hari jam 5.00 petang, kita dapat melihat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini begitu tenang membacakan laporan terkini kes Covid19 di Malaysia. 

Kematangan dan sikap profesionalisme  juga dapat dilihat ketika beliau menjawab semua soalan daripada para wartawan yang bertanya kepadanya. 

Di sebalik menjalankan tugasnya dengan begitu dedikasi ini, jom kita telusuri beberapa fakta menarik tentang latar belakang dan biodata beliau. 

1) Berumur 57 Tahun Pada Tahun Ini

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilahirkan 1963 di Sepang, Selangor.

Pada 21 April ini, umur beliau akan mencecah 57 tahun.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Nik Suwaida Haji Nik Mohammad Mohyideen. 

Menurut laporan Mstar, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang bakal mengikut jejak langkahnya menjadi seorang Doktor Perubatan. Anak lelaki beliau kini sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di negeri Pantai Timur.

2) Seorang Cina Muslim

Image may contain: 1 person

Menurut perkongsian WhatApps daripada alumni KIK (Kolej Islam Klang) kini dikenali sebagai KISAS, Dr Noor Hisham berasal daripada keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew. 

Beliau kemudiannya diambil menjadi anak angkat oleh Ustaz Nik Mahyuddin dan seterusnya menjadi menantu beliau.

Allahyarham Ustaz Ustaz Nik Mohd Mohyideen Wan Musa merupakan seorang tokoh Pendidikan Islam moden yang banyak melakukan transformasi Pendidikan Islam di Malaysia. Ustaz Nik Mohyideen juga adalah pencetus idea penubuhan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).

Selain itu beliau pernah menjadi pengetua Kolej Islam Klang selama selama 8 tahun dari 1967-1975.

Ketika Dr Noor Hisham berada di tingkatan satu, Ustaz Nik Mahyuddin telah mengambil beliau sebagai anak angkat. 

Seterusnya apabila memasuki tingkatan empat, Dr Noor Hisham berpindah ke Kolej Islam Klang bagi mengikuti pengajian beliau selanjutnya di sana.

3) Menjadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Sejak 2013

Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik menjadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi menggantikan Datuk Seri Hasan Abdul Rahman. 

Image may contain: one or more people
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Sepanjang karier dalam sektor kesihatan, beliau menerima pelbagai jenis penghargaan di atas sumbangan beliau terhadap negara.

Antara penghargaan tersebut ialah:

BilTarikh AnugerahDarjah
1.5 April 2014Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2.26 Ogos 2013Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
3.17 Mei 2013Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
4.17 Mei 2010Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
5.2 Jun 2007Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
6.5 Jun 2004Kesatria Mangku Negara (K.M.N)
Sumber: Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia

4) Berpengalaman Luas Dalam Sektor Perubatan Dan Kesihatan

Dr Noor Hisham mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri (pembedahan) dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor kesihatan negara. 

Sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 1 Mac 2013, beliau merupakan Timbalan Pengarah Kesihatan. 

Beliau juga pernah menjawat Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya.

Selain itu, antara jawatan lain yang beliau pernah pegang ialah:

  • Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur 16.01.1998
  • Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998. 
  • Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997. 
  • Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu 01.07.1994
  • Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur 1990-1994. 
  • Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur 02.10.1989. 
  • House Officer University Hospital Kuala Lumpur

Sumber: Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia

5) Seorang Yang Sangat “Humble” Dan Berdedikasi Tinggi

Dr Noor Hisham adalah seorang yang sangat merendah diri serta mengamalkan budaya kerja yang cemerlang. 

Ketika  ditanya wartawan mengenai perasaannya apabila diberi gelaran ‘wira negara’ oleh warga Malaysia di media sosial, beliau menjawab dengan penuh perasaan merendah diri.

“Pada saya tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita (Kementerian Kesihatan),” 

Ketika menyampaikan maklumat dalam sidang media setiap hari, beliau begitu komited dengan  setiap data yang dibentangkan. 

Soalan  yang ditanya oleh wartawan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris dijawab dengan begitu tenang sekali. 

Ini menunjukkan beliau begitu berdedikasi tinggi terhadap tugasnya. Sekaligus meredakan kegusaran rakyat Malaysia dan memberi sepenuh keyakinan rakyat terhadap tanggungjawab beliau.

Begitu juga apabila ditanya seorang wartawan tentang pengiktirafan China Global TV sebagai antara 3 doktor terbaik dunia dalam mengendalikan COVId-19, dengan rendah dirinya beliau menjawab:

“pengiktirafan tu bukan untuk saya tapi negara”

Selain itu, beliau juga sangat rajin membaca Al-Quran serta menjaga solat walau di tempat dan saat yang sukar.

Dalam memberi semangat kepada pasukan kesihatan mendepani wabak Covid19, beliau mencatatkan motivasi berikut di laman Facebooknya.

Kepada semua warga kesihatan barisan depan, perkasakan diri anda dan jagalah kesihatan. Kita semua dipertanggungjawabkan untuk melawan COVID-19 yang tidak kelihatan, malah lebih penting lagi kita adalah benteng pertahanan terakhir dan negara kita kini bergantung kepada kita.

Begitulah sikap beliau yang professional dalam membimbing barisan kesihatan negara mendepani situasi sekarang. 

6) Mempunyai Akaun Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn 

Dr Noor Hisham mempunyai beberapa akaun media sosial iaitu Facebook, Twitter Instagram dan LinkedIn. 

Namun akaun Facebook dan Twitternya  digunakan untuk kegunaan rasmi terutamanya dalam menyampaikan maklumat berkaitan Covid19 yang melanda negara ini.

Akaun Facebook beliau ialah: Noor Hisham Abdullah

Manakala akaun twitter beliau : Noor Hisham Abdullah @DGhisham

Adapaun akaun Instagram beliau di setting sebagai private untuk kegunaan peribadi iaitu @noor_hisham_abdullah

Sementara akaun LinkedIn beliau ialah Hisham Abdullah

7) Terpilih Sertai Saintis Dunia Dalam Menentang COVID19 dan Dinobatkan Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia Dalam Mengendalikan Wabak COVID-19

Baru-baru ini  Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai  beberapa gabungan saintis dunia dalam usaha mereka membendung wabak covid19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Dr Noor Hisham merupakan salah seorang   daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal Covid-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan Covid-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Dalam pada itu juga beliau telah dinobatkan antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID19 oleh China Global TV Network.

Dua doktor lain itu adalah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci & KP Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.


Semoga Dr Noor Hisham diberi kekuatan untuk membimbing pasukan barisan hadapan negara mendepani wabak Covid19 dengan jayanya. Aminn


Jom baca juga “9 Inspirasi Dr Noor HishamYang Perlu Kita Contohi Daripada Beliau”:


BACA JUGA: 6 Fakta Menarik Tentang Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia Yang Baharu (2020)


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular