Kebanyakan kita menghadapi masalah untuk menulis jawi di WhatApps, Facebook, Twitter dan sebagainya menggunakan tulisan Jawi. Bagaimanakah cara install keyboard jawi di telefon pintar anda?
Berikut adalah cara mudah (beserta gambar) untuk install keyboard jawi di telefon yang menggunakan sistem android .
1. Buka Aplikasi Playstore Dan Taip Pada Ruangan Search/Carian Perkataan “Jawi / Keyboard”.
Pada skrin layar telefon bimbit anda, cari dan klik icon “Playstore”/ Kemudian tulis perkataan ini: “Jawi / Keyboard”.
Lihat gambar untuk pastikan yang mana satu betul aplikasi untuk dipilih.

2. Tekan Pada Butang Install (Rujuk Gambar)
Setelah anda install aplikasi jawi keybarod ini, tunggu beberapa saat sehingga aplikasi ini selesai di install pada telefon anda. Aplikasi ni hanya menggunakan sekitar 10mb ruangan storan anda.

3. Kemudian Tekan Butang Open (Lihat Gambar)
Setelah aplikasi ini diinstall pada telefon bimbit, klik pada perkataan “open” bagi membolehkan aplikasi ini dibuka.

4. Setelah Butang Open Ditekan, Anda Akan Dibawa Ke Aplikasi Jawi / Arabic (rujuk gambar).
Setelah itu, tekan pada perkataan enable keyboard. Anda juga boleh menggunakan opsyen lain sebagaimana yang ditulis pada tulisan atas gambar tersebut. Tetapi dengan menekan “enable keyboard” ANDA akan terus dibawa ke peringkat seterusnya.

5. Pada Bahagian Ini Anda Hanya Perlu “Enable” Pada Icon Jawi Keyboard. Tarik /Slide Ke Kanan.

6. Seterusnya Pergi Ke Aplikasi Whatapps
Pada bahagian bawah di sebelah kanan anda akan nampak gambar kecil berbentuk keyboard. Tekan pada keyboard tersebut.

7. Tandakan Pada Bulatan Jawi (MY) Jawi Keyboard.
Untuk langkah seterusnya, rujuk gambar di bawah.

8. Setelah Itu Keyboard Anda Akan Bertukar Kepada Tulisan Jawi Yang Mempunyai Huruf ڽ ڤ ڠ ݢ dan sebagainya

9. Sekiranya Untuk Kembali Pada Keyboard Asal (Bahasa Melayu/Inggeris) Ulang Langkah Nombor 7.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila komen dalam ruangan yang disediakan di bawah.
Semoga kita dapat memartabatkan penggunaan tulisan jawi sebagai warisan bangsa dan budaya kita.
BACA JUGA: Donald Trump Pun Tweet Dalam “Jawi”
BACA JUGA: Kenapa Pisang Emas Dibawa Belayar?
HANTAR ARTIKEL:
Sekiranya anda berminat untuk
menjadi penulis di laman web
ini, klik sini untuk maklumat
selanjutnya.
Jangan Lupa Like dan Follow Facebook The Inspirasi