Donald Trump telah menarik perhatian warga maya melalui 2 hantaran di twitternya yang menggunakan bahasa Parsi (Persian).
Beliau yang memiliki lebih daripada 70 juta pengikut di Twitter selalu mendapat perhatian masyarakat melalui posting-posting twitternya. Namun pada kali ini, 2 posting tersebut dikatakan telah memecahkan rekod tertinggi “retweet” di twitternya.
Tweet yang dilakukan dalam bahasa rasmi Iran ini adalah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Iran yang sedang mengadakan protes menuntut Khamenei meletakkan Jawatan kerana kesilapan menembak pesawat Ukraine.
Sementara itu beberapa Netizen Malaysia membuat hantaran dengan “memerli” Pertubuhan Dong Zong kerana Trump turut menggunakan tulisan “Jawi” di postingnya.
Dalam pada itu juga, seorang penganalisis hubungan Antarabangsa dan strategik dan juga personaliti Facebook turut mengulas terhadap isu ini.
Menurut Ayman, tulisan Parsi telah diubah suai mengikut tulisan Arab yang disesuaikan dengan gaya dan struktur Bahasa Parsi. Ini mirip juga tulisan Jawi yang kita pelajari hari ini
Mengulas terhadap isu protes yang dilakukan oleh rakyat Iran, Ayman menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada Khamenei.
“Trump saja sakat je, macam dia ambil kesempatan isu Hong Kong dan Uyghur.”
Baca juga: Cara Mudah Install Keyboard Jawi Pada Telefon Pintar Gelagat Lucu Permaisuri Agong Yang Tersalah Pantun Curi Tumpuan Warga Maya