Contoh Surat Pergerakan Pulang Murid Asrama Cuti Hari Raya 2021

0
89
Contoh Surat Pergerakan Pulang Murid Asrama Cuti Hari Raya 2021

Ini merupakan format atau contoh surat rasmi Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021.

Surat kebenaran bekerja ini perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan surat/letterhead sekolah. 

Kementerian Pendidikan Malaysia membenarkan murid di asrama sekolah, Kolej Tingkatan Enam (KTE) atau Kolej Vokasional (KV) untuk  pulang secara berperingkat sempena cuti Aidilfitri mulai 6 dan 7 Mei 2021

Sekiranya ibu bapa atau penjaga ingin menjemput anak mereka, surat pengesahan bagi tujuan pergerakan ibu bapa merentas negeri akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Kebenaran ini adalah untuk dua orang ibu bapa atau penjaga dalam setiap kenderaan.

Contoh Surat Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Tarikh: 04 Mei  2021

Kepada Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, 

Tuan,

KEBENARAN PERGERAKAN PULANG MURID ASRAMA SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2021 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan Ibu bapa / Penjaga bagi murid asrama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) sesi persekolahan 2021.

3.     Oleh yang demikian, Ibu bapa/ Penjaga pelajar ini akan mengambil anak mereka  bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 mengikut SOP yang telah ditetapkan. Maklumat pemegang surat ini ini ialah;

Nama Penjaga:
No K/P:
Namaanak:
No K/p

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat bagi Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar

……………….
Haji Hashim bin Abdul Samad 
Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
No Tel: 0123456789  
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead sekolah. Sekiranya tiada gunakan cop sekolah

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pergerakan Pulang Murid Bagi Cuti Hari Raya 2021

Laporan Akhbar Berita Harian

KUALA LUMPUR: Murid di asrama sekolah, Kolej Tingkatan Enam (KTE) atau Kolej Vokasional (KV) dibenarkan pulang secara berperingkat sempena cuti Aidilfitri mulai 6 dan 7 Mei ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, berkata murid dibenarkan pulang dengan menaiki bas disediakan pihak sekolah, dijemput ibu bapa atau penjaga serta pengangkutan udara atau air bagi perjalanan ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Hanya pelajar Tingkatan Enam dan KV dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri.

“Pihak sekolah akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibu bapa atau penjaga.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga menjemput anak mereka, surat pengesahan bagi tujuan pergerakan ibu bapa merentas negeri akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

“Kebenaran ini adalah untuk dua orang ibu bapa atau penjaga dalam setiap kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Kumpulan A dibenarkan pulang pada 6 Mei ini iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala kumpulan B pada 7 Mei untuk Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), murid yang sedang dalam tempoh kuarantin perlu kekal di asrama sehingga tamat tempoh kuarantin.

Murid yang asramanya berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu kekal di asrama sehingga tamat tempoh PKPD.

“KPM sudah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang sempena Aidilfitri 2021 sebagai rujukan kepada pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga.

“Garis panduan ini turut terpakai kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM dan boleh dimuat turun di laman sesawang: https://www.moe.gov.my,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, murid perlu kembali ke asrama sebelum atau pada 12 Jun bagi sekolah Kumpulan A dan sebelum atau pada 13 Jun bagi sekolah Kumpulan B

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here