Friday, March 29, 2024
HomeContoh SuratSurat Pulang Asrama Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)

Surat Pulang Asrama Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)

Ini merupakan format atau contoh surat rasmi kebenaran khas yang dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membenarkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media pada 25 Februari 2021 memaklumkan “ibu bapa yang ingin hantar anak ke asrama menjelang pembukaan sekolah yang bermula 1 Mac 2021 tidak perlu dapat surat kebenaran polis. Sebaliknya hanya perlu tunjuk surat dikeluarkan pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya SJR.”

Surat kebenaran khas ini perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah atau guru dengan menggunakan kepala surat/letterhead sekolah. Ia bertujuan untuk melepasi sekatan jalan raya yang akan diadakan bagi setiap daerah atau negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Oleh yang demikian, murid sekolah berasrama dalam kawasan PKP yang ingin pulang ke asrama perlu mendapatkan Surat Kebenaran Khas Murid Pulang ke Asrama daripada pihak sekolah.

Contoh Surat Kebenaran Khas Murid Pulang Ke Asrama

Tarikh: 25 Februari  2021

Kepada Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, 

Tuan/Puan, 

SURAT KEBENARAN MURID PULANG KE ASRAMA BAGI SESI PEMBELAJARAN SEKOLAH PENGGAL 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan Ibu/Bapa/Penjaga murid bagi Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) yang akan tinggal di asrama sekolah.

3. Oleh yang demikian, murid ini perlu kembali ke asrama bagi mengikuti mengikuti persekolahan secara bersemuka dalam kawasan PKP berdasarkan SOP yang telah ditetapkan. Maklumat pemegang surat ini ini ialah;

Nama Penjaga:
No K/P:
Nama anak:
Tarikh:
Tempat:

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk kembali ke sekolah bagi sesi pembelajaran secara bersemuka.

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar


……………….
Haji Hashim bin Abdul Samad 
Pengetua,
Sekolah Menengah Sains Selangos (SMSS)
No Tel: 0123456789 
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead sekolah. Sekiranya tiada gunakan cop sekolah

Kenyataan MKN “Hantar anak-anak ke sekolah atau asrama tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis”

Infografik surat pulang asrama
Sumber; MKN

Laporan Akhbar Harian Metro

Kuala Lumpur: Ibu bapa yang ingin merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah atau asrama bagi sesi persekolahan bermula 1 Mac ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan ia juga sudah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah seluruh negara.

“Saya percaya tiada isu di sekatan jalan raya apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke asrama atau sekolah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Untuk ibu bapa yang bimbang penularan Covid-19 di sesebuah kawasan dan ingin mencutikan anak mereka, boleh menulis surat rasmi memohon pengecualian kehadiran ke sekolah.

Surat kebenaran majikan untuk pekerja sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular