Surat Menghantar Anak ke Sekolah Sewaktu PKP 2.0 (2021)

0
460
Surat Hantar Anak ke Sekolah Rentas Daerah _ Negeri Sewaktu PKP 2

Ini merupakan format atau contoh surat rasmi kebenaran khas yang dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membenarkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak mereka ke sekolah untuk merentas negeri atau daerah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media pada 25 Februari 2021 memaklumkan “Ibu bapa yang ingin merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah atau asrama bagi sesi persekolahan bermula 1 Mac ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.”

Mereka hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah atau guru ketika melalui sekatan jalan raya.

Oleh yang demikian, pihak sekolah atau guru perlu mengeluarkan surat kebenaran hantar anak ke sekolah kepada ibu bapa / penjaga bagi memudahkan urusan penghantaran anak ke sekolah bagi mereka yang perlu rentas daerah atau negeri.

Contoh Surat Kebenaran Khas Menghantar Anak ke Sekolah Sewaktu PKP

 
 
 
 
Tarikh: 1 Mac  2021
 
KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN, 
 
Tuan,
 
SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH / NEGERI BAGI TUJUAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 2.0)
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
2.     Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan Ibu Bapa/Penjaga murid bagi Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya.
 
3.     Oleh yang demikian, Ibu bapa /penjaga ini perlu menghantar anak mereka ke sekolah bagi mengikuti mengikuti persekolahan secara bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) berdasarkan SOP yang telah ditetapkan. Maklumat pemegang surat ini ini ialah;
 
Nama Penjaga:
No K/P:
Nama anak:
Tarikh:
Tempat:
 
4.     Besarlah harapan saya agar penjaga ini diberikan pelepasan ke lokasi di atas bagi bagi menghantar anak mereka ke sekolah.
Kerjasama pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
Sekian. 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
Saya yang menjalankan amanah, 
 
 
……………….
Hajjah Halimah Binti Baharom 
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Petaling
No Tel: 0123456789
Surat ini perlu dicetak menggunakan kepala surat sekolah /letter head

Kenyataan MKN “Hantar anak-anak ke sekolah atau asrama tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis”

Infografik surat pulang asrama

Laporan Akhbar Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Pihak guru (sekolah) boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah kerana hendak masuk asrama tersebut.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak PDRM dan saya baharu bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara,” katanya semasa sidang media pada Khamis.

Sesi persekolahan bagi Tahun Satu dan Tahun Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam (8 Mac) sebelum diikuti sekolah menengah pada April.


Ada ibu bapa yang bimbang kes Covid-19 masih lagi tinggi di sesetengah kawasan. Hantar surat rasmi kepada pihak sekolah menyatakan ketidakhadiran anak ke sekolah.


Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak pulang ke asrama, perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah. Tidak perlu surat kebenaran daripada polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here