Thursday, June 30, 2022
HomeTokohGelagat Lucu Permaisuri Agong Yang Tersalah Pantun Curi Tumpuan Warga Maya

Gelagat Lucu Permaisuri Agong Yang Tersalah Pantun Curi Tumpuan Warga Maya


Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Tuanku Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah di Twitter pasti perasan yang Tuanku kini menggunakan tulisan jawi dalam status baginda. 

Ini kerana pada  28 Disember yang lepas, Tuanku dalam akaun twitternya @cheminahsayang mengumumkan akan menulis dalam tulisan jawi sebagai satu usaha Baginda memartabatkan tulisan tersebut. Ternyata apa yang disampaikan Tuanku mendapat reaksi yang positif daripada pengguna lain.

Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita

Dalam satu status twitter yang dimuatkan juga, baginda menyeru agar warga netizen menggunakan tulisan jawi dalam status. 

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1212733245986504704?s=08

“Tulisan Jawi adalah warisan kita orang Melayu. Mari kita semua gunakan dan martabatkan tulisan Jawi jadi semua orang senang baca”

Ini adalah satu inspirasi buat rakyat Malaysia apabila Permaisuri agung yang menulis dalam tulisan jawi melalui twitternya mendapat reaksi positif daripada rakyat. Rakyat secara tidak langsung dapat belajar dan mempraktiskan tulisan jawi mereka. 

Namun baru-baru ini, satu gelagat lucu yang ditunjukkan baginda apabila tersalah menggunakan istilah dalam pantun melalui tulisan jawi yang digunakan.

 “Buah keranji di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

saya budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan”.

Kesalahan menggunakan istilah buah “keranji” dalam Tweet ini sebenarnya tidak disedari oleh baginda disebabkan baginda demam. Namun selang beberapa jam kemudian, baginda membalas semula tweet tersebut.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1214180897873780737?s=08 

“Ya Ampun…. Buah cempedak! Saya demam, tersalah tulis.”

Ternyata setiap apa yang ditulis oleh tuanku selama ini dalam tulisan jawi mendapat reaksi yang begitu positif kepada warga maya lain yang juga turut sama menulis dalam tulisan Jawi.

Benarlah Pepatah Arab yang menyatakan rakyat akan mengikut tindak tanduk rajanya. Jadi sikap raja atau Permaisuri sesebuah negara akan memberi kesan kepada tingkah laku rakyatnya. 

RELATED ARTICLES

Most Popular