Saturday, September 30, 2023
HomeInfoSemakan & Syarat Penebusan RM150 eBelia Kredit Ewallet PEMERKASA

Semakan & Syarat Penebusan RM150 eBelia Kredit Ewallet PEMERKASA

Belia dan pelajar Institusi pengajian tinggi (IPT) yang layak boleh menebus RM150 melalui program eBelia PEMERKASA.

Inisiatif kredit e-tunai dikenali sebagai e-Belia bernilai RM300 juta akan dibuka kepada kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan.

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta. 

Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.

Apa itu eBelia?

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Ia menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dikalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan belia.

Pemerkasa - inisiatif untuk belia

Syarat Penebusan RM150 eBelia

Bagi mereka yang ingin menebus RM150 melalui kredit ewallet, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;

  1. e-Belia dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun ini (lahir pada tahun 2001 hingga 2003).
  2. Permohon juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150

Tempoh tuntutan penebusan kredit adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai depan dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai depan.

Cara Penebusan RM150 daripada program eBelia PEMERKASA

Mereka yang layak  sebagaimana syarat di atas digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini.

e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai;

  1. BigPay
  2. Boost
  3. ShopeePay 
  4. Touch ‘n Go eWallet 

Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
  4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia

Dalam pada itu, ia juga akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai (cash back), baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.

Kenyataan Kementerian Kewangan Mengenenai eBelia

RELATED ARTICLES

Most Popular