Lagenda skuasy negara, Datuk Nicol David tersenarai dalam kalangan 24 atlet sepanjang zaman. Beliau merupakan satu-satunya wakil tunggal dari rantau Asia dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia (World Games Greates Athelete of All Time).
Anugerah ini menyaksikan kesemua atlet itu mewakili sukan berbeza dari semua edisi sejarah 40 tahun penganjuran World Games.
Datuk Nicole 37 tahun yang berasal dari Pulau Pinang ini adalah satu-satunya rakyat Malaysia dan Asia yang berada dalam senarai 24 atlet terbaik sepanjang zaman.
Undian yang bermula sejak 8 Januari lepas akan menyaksikan 10 atlet yang menerima undian tertinggi akan disenarai pendek sebelum pemenang “World Games Greates” Athelete of All Time” diumumkan pada 1 Februari nanti.
Bagi mencapai hasrat tersebut, Datuk Nicole dalam hantaran di Facebooknya mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama mengundi bagi anugerah ini melalui pautan berikut:
https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81
“Anda boleh memberikan undi anda kepada calon di laman web The World Games sekali dalam masa 24 jam. Undian mesti diberikan setiap kali kepada dua calon; dua undi untuk calon pilihan pertama dan satu undi untuk calon pilihan kedua. Sekiranya anda memberi undi kepada satu calon sahaja maka undi anda tidak akan didaftarkan,” menurut The World Games.
Sehingga artikel ini ditulis, Datuk Nicole mendahului undian kesemua calon lain dengan lebih daripada 55,000 undian di laman web berkenaan.
World Games merupakan temasya sukan empat tahun pada tahun selepas penganjuran Sukan Olimpik dan atlet terbaik seluruh dunia akan beraksi dalam sukan dan disiplin yang tidak dipertandingkan dalam sukan olimpik.
Untuk rekod, antara kejayaan Datuk Nicole ialah Juara Dunia sebanyak 8 kali, pemenang 3 pingat emas pada temasya World Games, 2 pingat emas Sukan Komanwel, 7 pingat emas Sukan Asia serta tampil selaku pemain Malaysia pertama dan wanita Asia pertama yang memegang ranking dalam sukan Skuasy.