Saturday, September 30, 2023
HomeInfoHarga Samsung Galaxy S21, S21 Plus dan S21 Ultra di Malaysia

Harga Samsung Galaxy S21, S21 Plus dan S21 Ultra di Malaysia

Harga Galaxy S21, S21 Plus dan S21 Ultra di Malaysia sudah diumumkan oleh Samsung Electronics Co Ltd  di laman web mereka https://www.samsung.com/my/

Pengumuman  ini dibuat pada tengah malam 14 Januari 2021 di laman web dan juga media sosial mereka di mana pelancaran terbaru telefon ini dijangka menarik minat para “remote worker” dan “gamers”.

Ia merupakan peranti terbaharu siri Samsung Galaxy S21 yang didatangkan dengan tiga variasi yang berbeza iaitu S21, S21+ dan S21 Ultra.

Para pembeli sudah boleh membuat pra-tempahan untuk siri Galaxy S21 ini melalui laman web di atas dengan kapasiti storan, ram dan warna yang berbeza.

Harga Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+ dan S21 Ultra

  • Galaxy S21 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Galaxy S21+ (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,299
  • Galaxy S21 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,299
  • Galaxy S21 Ultra (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM5,899

Siri Samsung Galaxy S21 didatangkan dengan enam warna pilihan yang sangat memikat hati iaitu:

Phantom VioletPhantom GrayPhantom WhitePhantom Pink
Phantom VioletPhantom GrayPhantom WhitePhantom Pink
Phantom BlackPhantom Silver
Phantom BlackPhantom Silver

Hadiah Percuma Untuk Mereka yang Pre Order awal

Samsung menawarkan hadiah percuma untuk masa yang terhad kepada para pembeli yang membuat tempahan awal di laman web mereka.

Untuk pembeli Galaxy S21 dan Galaxy S21+, mereka akan menerima Galaxy Buds Live dan Galaxy Smart Tag.

Sementara untuk pembeli S21 Ultra akan menerima  Galaxy Buds Pro yang baharu serta Galaxy Smart Tag.

Tempahan bagi kesemua peranti terbaharu ini akan dihantar bermula 29 Januari 2021.

Spesifikasi Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra

Ketiga-tiga siri Galaxy S21 ini mempunyai saiz paparan yang berbeza iaitu S21 (6.2 ″), S21 + (6.7 ″) dan S21 Ultra (6.8 ″). Ianya menyokong pemprosesan Exnos 2100 5nm terbaru Samsung yang menyokong 5G sebagai standard.

Dari segi lensa kamera pula, Samsung Galaxy S21 dan S21+ menggunakan tetapan tiga lensa dengan sensor sudut ultra lebar berkeupayaan 12MP, sudut lebar 12MP dan telefoto 64MP bersama 30 kali ‘Space Zoom’.

Sementara Samsung Galaxy S21 Ultra pula, ia menggunakan tetapan empat lensa atau ‘quad camera’ dengan sudut ultra lebar berkeupayaan 12MP, sudut lebar (108MP) dan dua lensa telefoto masing-masing berkeupayaan 10MP.

Kapasiti memori (RAM) pula 12GB menggunakan binaan LPDDR5 bersama storan 256GB atau 16GB RAM untuk 512GB storan.

Untuk variasi S21 dan S21+ pula hampir sama cuma terdapat beberapa spesifikasi khusus yang berbeza seperti kapasiti bateri bermula 4,000mAh untuk S21 dan 4,800mAh bagi S21+.

Bagi para peminat siri Galaxy Samsung, adakah anda teruja dengan palancaran siri terbaharu ini? Apa lagi buat pra tempahan sekarang.

RELATED ARTICLES

Most Popular