Sejak ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong ke 16 pada 30 Julai 2019, perwatakan Tuanku al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah sering menjadi bualan rakyat jelata. Ini kerana perwatakan yang dibawa oleh Agong dan Raja Permaisuri sentiasa menjadi inspirasi rakyat Malaysia.
Ciri-ciri kepimpinan, sikap yang sopan, prihatin dan mesra dengan rakyat menyerlahkan istilah “raja dan rakyat berpisah tiada”. Nampak seperti ayat “klise”. Tapi sebenarnya itulah perwatakan baginda sebelum pun lagi dilantik menjadi yang dipertuan Agong.
Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan Baginda berdua ini, pasti akan tertarik dengan kisah, cerita dan beberapa perwatakan yang ditonjolkan Baginda.
Tuanku Sultan Abdullah sentiasa mendapat sokongan yang padu daripada keluarga Baginda terutamanya daripada Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah. Tambahan pula, al-Sultan Abdullah mewarisi kepimpinan daripada Almarhum Paduka Ayahanda baginda sebelum ini yang sangat mesra dengan rakyat.
Sifat Merendah Diri
Sifat merendah diri dan mesra dengan rakyat sudah sebati dalam diri baginda berdua.
Sikap ini bukan sahaja terserlah ketika menjadi Yang Dipertuan Agong, bahkan sebelum itu lagi iaitu ketika menjadi Raja Muda Pahang.
Dengan sikap merendah diri inilah baginda berdua sangat disayangi dan dihormati oleh rakyat.
Tuanku Azizah pada 6 Disember 2019 yang lalu mencuri tumpuan rakyat apabila baginda dengan rendah dirinya memilih menaiki tren KLIA Ekspres untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari KL Sentral. Baginda menunjukkan sikap tidak segan untuk naik pengangkutan awam. Ini menjadi contoh kepada rakyat jelata yang lain.
Bahkan juga sifat merendah diri ini ditunjukkan oleh Tuanku Abdullah ketika Baginda berkunjung ke kedai makanan segera. Baginda tidak kekok untuk berada dalam kalangan rakyat malah beratur seperti rakyat biasa ketika singgah di restoran makanan segera untuk menjamu selera. Sikap baginda ini adalah sesuatu yang positif walaupun baginda pangkat dan kedudukan yang tinggi masih menunjukkan akhlak yang terpuji.
Suka Program Keagamaan
Beberapa gambar yang tular di laman sosial baginda yang sedang mengeteh selepas pulang dari mengaji menjadi inspirasi buat rakyat malaysia.
Kepimpinan baginda ditunjukkan melalui tauladan. Tuanku Abdullah bukan sahaja menunjukkan kepimpinan baginda kepada rakyat tetapi sikap baginda yang boleh menjadi contoh kepada pasangan yang diluar sana.
Betapa sibuknya dengan urusan harian, kita dituntut untuk membawa pasangan mengaji.
Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.
Tidak Terlalu Terikat Dengan Protokol
Selain itu juga, antara perwatakan Agong dan Raja Permaisuri yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia adalah kerana baginda berdua tidak terlalu terikat dengan protokol. Sikap spontan dan bersahaja Baginda berdua menjadikannya raja yang dekat di hati rakyat.
Melalui perkongsian di media sosial seperti facebook, twitter dan instagram yang tular oleh rakyat serta pengalaman peribadi masing-masing jelas bahawa baginda berdua tidak terlalu terikat dengan protokol.
Dalam beberapa kisah sebelum ini apabila tindakan Baginda al-Sultan Abdullah yang mencemar dulu menolong mangsa kemalangan di jalan raya adalah sebahagian kisah yang boleh memberi inspirasi kepada kita.
Sikap dan Keprihatinan Baginda yang sanggup mengetepikan protokol dalam membantu dan memudahkan urusan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Begitu juga dengan kisah seorang peniaga durian di Pulau Pinang yang tersalah memanggil tuanku Azizah dengan panggilan “kakak” dalam urusan jual beli langsung tidak menunjukkan kemurkaan pada riak wajah Tuanku Permaisuri.
Pemuda yang dikenali sebagai Rafi sebelum ini tidak mengenali Tuanku Azizah adalah seorang kerabat dari Istana Pahang. Bahkan Tuanku tidak segan silu menyatakan Rafi sebagai “My Durian Friend” dalam suatu video yang tular. Tuanku juga sempat mempromosikan kedai Durian Rafi yang terletak di pulau pinang tersebut.
Ini adalah sebahagian daripada kisah-kisah dan pengalaman rakyat yang masing-masing bertemu dan berhadapan dengan Tuanku berdua.
Pasangan Yang Sentiasa Sweet
Tidak kurang menarik juga perwatakan Baginda berdua yang menunjukkan erti “relationshipgoals” yang sebenar dalam rumahtangga. Dalam majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi, baginda menunjukkan erti sebenar hubungan dalam rumahtangga.
Bahkan kehadiran pasangan diraja ini dalam program-program utama sentiasa menjadi perhatian lensa kamera bagi merakam aksi dan kemesraan baginda berdua..
Sikap penyayang ini boleh dicontohi oleh pasangan di luar sana dalam erti sebuah rumahtangga untuk saling hidup aman dan harmoni.
Bijak Dalam Menyelesaikan Masalah Rakyat
Isu politik negara baru-baru ini menyerlahkan kepimpinan YDPA sebagai Raja dan Ketua Negara. Dalam kekalutan suasana politik yang berlaku, Baginda menunjukkan reaksi yang tenang dalam mengawal keadaan.

Ketika para pemberita dan wartawan yang bertungkus lumus untuk mengetahui keadaan semasa, Baginda sendiri keluar menyampaikan makanan kepada rakyat.
Kegelisahan rakyat sedikit reda, tumpuan rakyat beralih kepada esok makanan apa pula? Rentetan itu, pelbagai syarikat datang menghulurkan sumbangan makanan dan beberapa keperluan lain kepada wartawan bagi menghargai penat lelah mereka.
Sementara itu, bagi menyelesaikan krisis kepimpinan politik dalam perlantikan Perdana Menteri yang baharu , baginda sendiri menemuramah semua ahli parlimen bagi melihat reaksi mereka terhadap calon pilihan masing-masing.
Baca juga: Kenapa YDPA Kita Paling Awesome di Saat Kekalutan Politik yang Melanda?
Pertelingkahan dikalangan ahli politik menyebabkan baginda mengambil langkah bijak bagi menyelesiakan kemelut yang berpanjangan tersebut.
Perwatakan Tuanku ketika berhadapan dengan krisis politik yang melanda negara ditangani dengan budi bicara, penuh berdiplomasi, sopan santun melayan dan mengambil ambil berat keperluan yang ada.
Baginda mempunyai nilai adil, berhemah dan bijaksana bagi mendengar kesemua pandangan ahli parlimen tanpa mengira parti.
Sikap adil yang ditunjukkan Baginda inilah perlu dicontohi kita dalam menyelesaikan masalah. Perlu mendengar pandangan dari kesemua pihak dalam membuat sebarang keputusan. Bukan hanya mendengar di satu pihak sahaja.
Sifat kasih dan sayang, prihatin dan mesra rakyat terus membuatkan rakyat rasa sayang kepada baginda berdua.
Perwatakan Yang Sopan
Tuanku Azizah sering mengenakan pakaian yang sopan bertudung litup yang menyerlah perwatakan baginda sebagai seorang Muslimah sejati.
Sejuk mata memandang dengan imej yang ditonjolkan Baginda. Impak Positif “Cheminahsayang” yang memperagakan dan membawa imej Kemelayuan ini penuh adat, adab dan tatasusila orang Melayu.
Bahkan cara atau style yang ditampilkan oleh Permaisuri ini sangat disukai ramai sehingga menjadi ikutan dioeragakan untuk majlis Majlis keramaian, Pertunangan dan juga perkahwinan.
Bahkan juga penampilan baginda berdua turut diminati oleh anak-anak kecil yang meniru cara pemakaian baginda.
Suka Dengan Kerja-Kerja Amal
Tuanku Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga menjadi sumber inspirasi dalam melakukan kerja-kerja amal. Walaupun kini menduduki singgahsana tertinggi di Istana Negara, baginda berdua tetap turun padang melihat masalah rakyat.
Ketika banjir pada tahun 2019 Tunku Azizah sendiri turun padang turun padang melawat mangsa banjir dan sama-sama memasak serta menyediakan makanan kepada mangsa banjir.
Kerja-kerja amal ini sudahpun dilakukan oleh baginda berdua sebelum lagi menaiki takhta sebagai YDPA dan Permaisuri Agong

Dalam pada itu juga Tuanku Azizah merupakan Penaung kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang ditubuhkan sejak 2004. Penubuhan TAFF adalah bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan zuriat.
Baginda sering memberi motivasi dan inspirasi kepada pasangan yang sukar mendapatkan zuriat dalam perkahwinan. Ini kerana baginda sendiri pernah mengalami masalah untuk menimang cahaya mata dan mengambil masa lebih sembilan tahun.
Begitulah antara perwatakan baginda yang sering menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia. Kita mendoakan agar baginda diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah kepimpinannya.
HANTAR ARTIKEL:
Sekiranya anda berminat untuk
menjadi penulis di laman web
ini, klik sini untuk maklumat
selanjutnya.
- BACA JUGA: Kisah Inspirasi Pak Bakar Yang Merupakan Antara Jururawat Lelaki Terawal Malaysia
- BACA JUGA: Kenapa Pisang Emas Dibawa Belayar?
Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi