8 Nasi Kandar Sedap di KL. Confirm Menjilat Jari

0
1154
Nasi Kandar Sedap di KL

Sekiranya anda mencari nasi kandar yang sedap di KL, ada beberapa restoran yang menjadi pilihan anda.

Tak perlu nak pergi ke Penang untuk dapatkan nasi kandar yang padu. Di KL pun dah ada.

Kebanyakkan restoran nasi kandar di KL menggunakan resepi yang sama dengan yang ada di Penang.

Ada beberapa senarai restoran nasi kandar sedap di KL yang ada boleh cuba.

Nasi Kandar Kudu (Restoran Kudu Bin Abdul)

Restoran Kudu Bin Abdul

Nasi Kandar Kudu yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit ini sangat terkenal dalam kalangan warga KL. Ia menjadi tumpuan ramai terutamanya untuk makan tengahari.

Walaupun terpaksa beratur panjang, namun ia berbaloi kerana keenakan dan citarasa resepi asli nasi kandar Pulau Pinang.

Apa yang menarik di Restoran Nasi Kandar Kudu ialah terdapat pelbagai jenis lauk kegemaran nasi kandar yang dimasak dengan sempurna mengikut citarasa penggemar nasi kandar. Antara yang menjadi tumpuan adalah ayam kampung masak kurma, ayam madu, daging masak kicap, ayam goreng dan lain-lain. Telur masin, bendi dan papadam adalah pelengkap hidangan. Ditambah pula kuah campur yang enak pasti menaikkan selera anda.


Boleh datang awal sikit kalau ingin menjamu selera di sini. Jika tidak, anda terpaksa beratur panjang. Tapi jangan risau, pekerja mereka sudah cekap dan tidak perlu beratur terlalu lama.

Alamat: Restoran Kudu Bin Abdul (Nasi Kandar Kudu)- 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu 8 pagi hingga 7 petang
  • Hari Jumaat 8.00 pagi hingga 12.45 Tengahari . 2.00 – 7 Petang
  • Ahad (Tutup)

Restoran Nasi Kandar Ibramsha Sdn. Bhd.

Restoran Nasi Kandar Ibramsha

Kedai nasi kandar Ibramsha ini terletak diJalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Kalau datang pada waktu tengahari ketika lunch hour, memang ramai orang dan terpaksa beratur panjang. Ramai warga sekitar kota termasuk pelancong asing juga singgah untuk makan di sini.

Bagi mereka yang membawa isteri membeli belah sekitar sekitar Jalan TAR, elok singgah di sini bagi mengisi perut anda supaya dapat shopping dengan senang hati.

Yang menariknya di sini, hidangan nasi kandar seperti di Pulau Pinang. Daging kicap dan ikan bawal kari adalah menu yang anda mesti cuba. Dicampur pula dengan kuah campur banjir serta bendi dan padam. Pasti anda akan datang lagi ke restoran ini.

  • Waktu Operasi: Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 7.30 petang
  • Alamat: 68, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. 

Restoran Mohd Yaseem

Restoran Yaseem ini terletak di Jalan TAR berhampiran Chowkit. Ia tidak berjauhan dari restoran Kudu hanya sekitar 50 meter sahaja. Restoran ini dibuka 24 Jam, jadi ia sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan untuk lepak tengah malam di KL. 

Memang berbaloi untuk makan disini terutamanya waktu tengahari di sekitar Chowkit. Bagi mengelakkan beratur panjang, anda boleh datang sekitar jam 11.00 pagi. Jika terlambat mungkin terpaksa bersesak dengan yang lain.

Terdapat banyak pilihan lauk yang sedap  di Restoran Mohd Yaseem Nasi Kandar ini seperti  Ayam Goreng, Ayam Goreng Kicap, Sotong, Udang, Telor Sotong, Telur Ikan Goreng, Kepala Ikan Bawal, Telur masin, Telur Dadar, Daging Masak Kicap. Yang pastinya setiap hidangan nasi kandar perlu ada bendi, atau kobis. Ditambah pula dengan papadom untuk hidangan yang menyelerakan. 

  • Waktu Operasi: 24 Jam
  • Alamat: 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur.

Sithique Nasi Kandar Pulau Pinang 

Restoran Sithique merupakan tempat makan nasi kandar best di KL. Ia terletak di bangunan odean jalan Tar Berhampiran dengan pertama kompleks dan Sogo. Ia menjadi tumpuan warga sekitar untuk menjamu selera disini. 

Tak perlu nak ke Penang untuk layan nasi kandar padu. Di Sithique ni, memang rasa sama macam nasi kandar di Penang. Sarapan pagi dan makan tengahari anda yang menjadi tumpuan disini. 

Namun yang paling menariknya adalah murtabak dagingnya yang marvelous. Ditebar dengan garing diluar, tapi lembut didalam dengan keenakan isi kambing yang terus menyambar selera anda. Tambahan pula di cicah dengan kuah kari kambing yang terangka. Ni menu yang anda mesti cuba. 

  • Waktu Operasi: Setiap hari 7 pagi hingga 7.30 malam
  • Alamat: Bangunan Odeon, 237, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, (berhampiran dengan pertama jom dan sogo) 

LC Nasi Kandar 

LC Nasi Kandar

Restoran LC Nasi Kandar terletak di Kampung Baru . Line Clear adalah nama panjang bagi LC. Tetapi restoran ini tidak ada kaitan dengan Restoran Line Clear di Pulau Pinang . Lokasinya di celah celah bangunan di Kg Baru. Ia berbentuk seperti rumah kayu.

Restoran ini merupakan antara nasi kandar sedap di KL. Restoran ini juga mempunyai beberapa cawangan lain seperti di Putrajaya dan di Bangi. 

Nasi kandar di sini memang terbaik yang menjadi tumpuan warga kota dan kawasan sekitar yang rindukan keenakan nasi kandar resepi Penang. Tak payah nak tunggu pergi pulau pinang, datang saja LC nasi kandar ni. 

Mereka juga selalu buat promosi pada hari Jumaat 9 pagi hingga 12 malam. Nasi +Ayam +datum hanya RM5.00 percuma pula air sirap.

Promosi LC Nasi Kandar
Sumber : FB LC Nasi Kandar

Beriyani talam juga menu yang boleh anda cuba kalau nak makan beramai-ramai disini. Selain itu kari kepala ikan dan telur sotong anda boleh cuba disini. Kalau tak pasti harga, tengok dulu di papan tanda atau tanya pekerja.

  • Waktu Operasi: Setiap hari 7 pagi hingga 2.00 pagi. 
  • Alamat: 170, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Wilayah Persekutuan. Tips nak pergi sini, Guna wave atau google map, takut terlepas jalan dan kena pusing balik. 

Restoran Mahbub

Restoran Mahbub Bangsar

Restoran Mahbub terletak di Bangsar, kira-kira 15 minit perjalanan biasa kalau tak jem dari Pusat Bandar. 

BACA JUGA: 5 Tempat Makan Best Di Bangsar. Mesti Try

Restoran ini terkenal dengan tema “Best Nasi Briyani in Town Since 1974”. Ia menjadi tumpuan pada waktu malam untuk datang lepak sambil makan secara santai di sini. 

Nasi beriani di Mahbub boleh dikatakan antara nasi beriani dan restoran nasi kandar sedap di KL khususnya di Bangsar.

Apa yang  istimewa di Restoran Mahbub adalah Nasi Briyani Ayam Madu. Selain itu anda boleh cuba menu yang lain seperti Nasi Briyani Ayam Goreng, Nasi Briyani Kambing, Nasi  Bukhara Ayam dan Kambing. Namun, nasi beriani ayam madu adalah pilihan terbaik untuk makan tengahari atau makan malam. 

  • Waktu Operasi: 24 Jam
  • Lokasi: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 

Syed Bistro

Restoran Syed Bistro Antara Nasi Kandar sedap di KL

Restoran Syed Bistro merupakan antara restoran kandar sedap di KL. Terdapat beberapa cawangan Syed Bistro di Lembah Klang seperti di Dang Wangi, Keramat,  Bangsar, Petaling Jaya, Puchong, SS6 Kelana Jaya dan pelbagai lokasi di Shah Alam.

Apa yang menarik di restoran ini adalah nasi bukhara ayam dan kambing yang pasti anda takkan lupa. 

Terdapat juga menu lain iaitu nasi dan lauk-lauk seperti daging, masak hitamg, ayam masak merah, ayam kurma dan sebagainya. Ada juga masakan panas, roti canai, roti nan, satey (waktu tertentu sahaja) dan lain-lain lagi. 

  • Waktu Operasi: 24 Jam
  • Lokasi: Pelbagai cawangan iaitu Dang Wangi, Keramat,  Bangsar, Petaling Jaya, Puchong, SS6 Kelana Jaya dan pelbagai lokasi di Shah Alam.

Nasi Kandar Pelita 

Nasi Kandar Pelita antara Nasi Kandar sedap di KL

Restoran Kandar Pelita mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Ia asaskan sejak tahun 1995 lagi. Di Kuala Lumpur, ada beberapa lokasi yang anda boleh pergi untuk menikmati nasi kandar ini seperti di Bangsar, Ampang, Desa Sri Hartamas, Petaling Jaya dan lain-lain.

Pekerja di restoran ini memakai pakai yang unik dengan tema mereka iaitu berbaju batik biru yang ada gambar pelita. Selain itu pekerjanya juga akan memakai songkok yang ada lambang bendera Malaysia. 

Restoran ini dibuka 24 jam dan menjadi tumpuan ramai orang untuk lepak dan megeteh. Sekiranya ada siaran langsung EPL atau Harimau Malaya beraksi, ia akan lebih ramai lagi.

Menu utama nasi kandar di sini adalah ayam hitam, daging hitam, sambal udang, burung puyuh, kari ikan, ketam masala, sotong, ayam goreng kampung,  sayur-sayuran seperti kobis dan bendi. Yang paling penting kena ada ada papadom sekali. 

Ada juga masakan panas lain seperti mee goreng mamak, nasi goreng, roti canai, roti nan dan sebagainya. Boleh rujuk menu di website mereka.

Waktu Operasi: 24 Jam

Lokasi di KL: 

DESA SRI HARTAMAS
No. 24, Jalan 25/70A,Desa  Sri Hartamas, 50480, Kuala Lumpur.
BANGSAR
Tingkat G, No.2, Jalan Telawi 5,59100 Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

JALAN GENTING KLANG
No. 8-G, PV128 Jalan Genting Klang,53300 Kuala Lumpur

AMPANG BERHAMPIRAN KLCC
NO. 113, Jalan Ampang,50450, Kuala Lumpur


Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here