Kenapa YDPA Kita Paling Awesome di Saat Kekalutan Politik yang Melanda?

0
1435
YDPA yang Awesome


Dalam kekalutan dan ketegangan politik yang melanda negara, YDPA bertindak dengan begitu bijak dan awesome sekali.

Kenapa baginda awesome? 

Baginda bertindak dengan bijak yang ramai orang tak perasan bagi menangani krisis ini. 

Isu keresahan rakyat terhadap suasana politik negara di tanganinya dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Tuanku begitu awesome berjaya alihkan tumpuan terhadap keresahan rakyat terhadap ahli politik negara ini. Tumpuan dialihkan kepada isu-isu yang tiada mengena dengan politik. 

Isu KFC, MC Donald, Milo, Ikan Patin dan lain-lain lebih disukai oleh rakyat berbanding isu politikus yang berebut untuk jawatan dan kepentingan masing-masing. 

Dalam kekalutan dan kesungguhan wartawan membuat liputan di pintu istana, Baginda sendiri keluar berjumpa dengan para wartawan menyampaikan MC Donald kepada mereka. 

Baginda  pandai mengambil hati wartawan. Baginda berada ketika susah dan senang bersama rakyatnya. 

Baginda belanja makan untuk wartawan kerana tahu wartawan penat menunggu seharian dalam memberikan laporan terbaik buat rakyat.

Lihat betapa impak positif apa yang Tuanku lakukan, maka ramai individu atau syarikat yang lain tampil menghulurkan bantuan atau sumbangan menghargai wartawan.

Ini dapat mengurangkan kos dan beban wartawan yang bertungkus lumus mendapatkan berita terbaik. 

https://twitter.com/Abdullah_Karim/status/1232460466443538432

Wartawan dapat makan, syarikat yang menyumbang dapat free marketing. Ini menjadikan win-win situation. 

Pada Ahad yang lalu, ketika beberapa ahli Parlimen berkumpul di Hotel Sheraton, kita tidak nampak pun ahli-ahli Parlimen ini menghulurkan walau sebutir nasi kepada wartawan yang hadir dari petang hingga malam. Berbeza apa yang dilakukan oleh Tuanku. 

Ada orang anggap ini bukan isu utama. Memang bukan isu utama, tetapi Tuanku berjaya melihat isu remeh temeh ini dapat memberi impak yang besar dalam situasi yang tegang sebegini.

Setakat ini kita tidak lagi melihat demonstrasi atau pergaduhan besar-besaran berlaku dalam negara. Rakyat juga tidak panik untuk membeli keperluan di pasaraya yang berdasarkan situasi tidak menentu sekarang.

Kalau di luar negara pasti kekocahan yang besar sudah berlaku.

Ini menyebabkan Tuanku adalah awesome. 

Jika anda melihat tersebarnya di media sosial WhatsApp, FB atau Twitter gambar Tuanku yang ber t-shirt dalam keadaan tenang dan menunjukkan peace, itu memberi petanda keadaan negara masih terkawal. 

Senyuman yang dilemparkan oleh Baginda menghilangkan stress rakyat. 

Apabila pemimpin tenang, rakyat pun akan senang. 

YDPA juga awesome menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara bijaksana. 

Baginda tidak berucap di hadapan sidang media. Baginda hanya mahu diberi peluang untuk tangani isu yang dihadapinya dengan berhemah. 

Buktinya beliau memanggil semua 211 ahli parlimen untuk di temubual secara personal bagi menyatakan pendirian mereka. 

Baginda tahu akuan bersumpah yang ditandatangani oleh ahli Parlimen kurang berkesan. 
Ini mungkin ahli Parlimen menerima tekanan daripada rakan-rakan parti yang bukannya berdasarkan pendirian individu. 

Tindakan YDPA ini sudah meyakinkan rakyat yang kurang lagi percaya dengan ahli politik pada masa kini. Masing-masing punya agenda tersendiri. 

Baginda juga awesome dan serius dalam tugasnya. Dua hari interview terhadap ahli Parlimen dapat meredakan sementara keresahan rakyat. Apa-apa keputusan adalah di tangan baginda sekarang ini. 

Kita hanya perlu menunggu dan tidak perlu risau terhadap kekecohan, demonstrasi dan pergaduhan. 

Sebab itulah baginda adalah YDPA yang awesome. 

Tuanku adalah inspirasi kita.

Semoga Allah merahmati pemerintahannya. 

HANTAR ARTIKEL:

Sekiranya anda berminat untuk
menjadi penulis di laman web
ini, klik sini untuk maklumat
selanjutnya.


Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi