Friday, October 4, 2024
HomeInfoBantuan Pakej Peranti & Pelan Data Bulanan B40 Jaringan Prihatin 2021

Bantuan Pakej Peranti & Pelan Data Bulanan B40 Jaringan Prihatin 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan  Program Jaringan Prihatin iaitu inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi pakej perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Program yang bernilai RM3.5 bilion ini adalah pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan Februari lalu.

Ia bertujuan membina bakat dan kemahiran digital seiring dengan usaha keterangkuman berpaksikan Objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon bantuan Pakej Peranti dan Pelan Data Bulanan, beberapa maklumat berikut anda perlu ketahui.

Apa itu Program Jaringan Prihatin?

Program jaringan prihatin ialah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Jumlah Bantuan untuk  Pakej Peranti dan Pelan Data Bulanan

Berdasarkan jadual di atas, kelayakan ini adalah untuk mereka yang tergolong di bawah B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat sahaja. 

Penerima yang layak boleh menerima salah satu daripada dua manfaat yang ditawarkan iaitu pakej peranti atau pelan data bulanan untuk 12 bulan.

Jumlah bantuan bagi mereka yang ada anak di bawah umur 18 tahun bagi pakej peranti adalah RM300 manakala yang ingin memohon data bulanan (12 bulan) adalah RM180.

Bagi mereka yang tiada anak di bawah umur 18 tahun, jumlah bantuan  bagi pakej peranti ialah RM180 dan jumlah bantuan pelan data bulanan adalah RM180.

Tarikh Permohonan Pendaftaran Program Jaringan Prihatin

Bagi mereka yang ingin memohon mendapatkan pakej bantuan ini, permohonan dibuka mulai 5 Mei 2021 (Rabu) hingga 31 Ogos 2021 (Isnin).

Syarat Permohonan

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan).

Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.

Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Penerima subsidi boleh merujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi pilihan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bergantung kepada pelan yang dipilih, penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum tiga (3) kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut.

Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.

Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.

Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.

Senarai Syarikat Telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin

  1. Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
  2. Digi: https://digi.my/prihatin
  3. Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
  4. Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
  5. redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
  6. speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
  7. Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
  8. U Mobile:https://www.u.com.my/jaringanprihatin
  9. unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
  10. XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
  11. YES: https://www.yes.my/kasiupB40
  12. Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin

Kenyataan Media mengenai Program Jaringan Prihatin B40 2021

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmy
Group-Facebook-Group-Info-Bantuan-Semasa-2021-1024x455
Join Group Facebook Info Bantuan Semasa 2021
RELATED ARTICLES

Most Popular