Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melancarkan perkhidmatan JPN eSERVICES yang memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk melakukan pelbagai urusan membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara dalam talian (online)
Ia memudahkan pengguna di mana mereka tidak lagi perlu hadir ke pejabat JPN untuk memohon dokumen seperti kelahiran, kad pengenalan 12 tahun, pemohonan cabutan rekod kad pengenalan dan urusan perkahwinan.
Perkhidmatan JPN eServices dapat dilaksanakan dengan lebih segera dan lancar. Perkhidmatan ini juga dapat mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter perkhidmatan pejabat JPN.
Kini proses permohonan urusan berkaitan dapat dilaksanakan secara dalam talian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Pemohon hanya perlu hadir ke kaunter JPN untuk membuat pengesahan cap jari dan seterusnya membuat kutipan dokumen berkaitan yang telah siap dicetak.
Apa itu JPN Eservices
Jpn Eservices merupakan perkhidmatan terkini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara atas talian (online) seiring dengan teknologi yang ada. Perkhidmatan ini dapat mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter JPN.
Terdapat lima perkhidmatan JPN Eservises yang ditawarkan iaitu;
- Pendaftaran kelahiran
- Cabutan rekod kelahiran
- Kad Pengenalan 12 tahun
- Cabutan rekod kad pengenalan
- Pendaftaran perkahwinan
Permohonan Pendaftaran Kelahiran Secara Dalam Talian (Online)

Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan pendaftaran kelahiran dalam talian dibuka untuk ibu kanak-kanak yang memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara, Pemastautin Tetap, Pemastautin Sementara (memiliki nombor kad pengenalan 12 digit MyKad, MyPR atau MyKAS).
Pendaftaran kelahiran dalam talian ini dibuka kepada kelahiran yang berlaku di hospital atau klinik integrasi sahaja dan tidak untuk kelahiran kembar.
Cara-Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Kelahiran Secara Online
- Daftar di MyGovernment terlebih dahulu. Layari jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan, serta log masuk atau daftar pengguna baru jika pertama kali mendaftar.
- Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju.
- Lengkapkan borang-barang yang dipaparkandan klik butang Daftar.
- Permohonan berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN.
Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Dalam Talian (Online)

Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan cabutan / salinan sijil kelahiran yang diperakui hanya boleh dipohon bagi kelahiran yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Sijil kelahiran pemilik bertaraf Warganegara Malaysia dan pemilik bukan berstatus anak angkat.
Cara-Cara Membuat Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Dalam Talian
- Daftar di MyGovernment terlebih dahulu. Layari jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan, serta log masuk atau daftar pengguna baru jika pertama kali mendaftar.
- Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju.
- Lengkapkan borang-barang yang dipaparkandan klik butang Daftar.
- Permohonan berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN.
Permohonan Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 Tahun Secara Dalam Talian (Online)

Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan Kad Pengenalan (MyKad) bagi kanak-kanak yang berusia genap 12 tahun dan kurang daripada 16 tahun.
Cara-Cara Membuat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 Tahun Secara Online
- Daftar di MyGovernment terlebih dahulu. Layari jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan, serta log masuk atau daftar pengguna baru jika pertama kali mendaftar.
- Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju.
- Lengkapkan borang-barang yang dipaparkandan klik butang Daftar.
- Permohonan berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN.
Permohonan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP12 Dalam Talian (Online)

Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan cabutan daftar kad pengenalan JPN.KP12 oleh orang awam. JPN.KP12 mengandungi butir-butir pengenalan diri berdasarkan rekod fizikal daftar kad pengenalan kalii pertama, penukaran taraf hidup/terkini yang dikeluarkan kepada pemilik.
Cara-cara Permohonan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP12 Secara Online
- Daftar di MyGovernment terlebih dahulu. Layari jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan, serta log masuk atau daftar pengguna baru jika pertama kali mendaftar.
- Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju.
- Lengkapkan borang-barang yang dipaparkan dan klik butang Daftar.
- Permohonan berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN.
Permohonan Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Dalam Talian (Bukan Islam)

Syarat-Syarat Permohonan
Permohonan perkahwinan tanpa lesen dibuka untuk pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia dan hendaklah memenuhi terma dan syarat permohonan perkahwinan secara dalam talian yang telah ditetapkan.
Cara-Cara Permohonan Perkahwinan Tanpa Lesen Secara Dalam Talian (Bukan Islam)
- Daftar di MyGovernment terlebih dahulu. Layari jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan, serta log masuk atau daftar pengguna baru jika pertama kali mendaftar.
- Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju.
- Lengkapkan borang-barang yang dipaparkan dan klik butang Daftar.
- Permohonan berjaya didaftarkan dan sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN.
Info dan Maklumat Lanjut
https://www.facebook.com/ModeratorJPN | |
Laman Web | https://www.jpn.gov.my/ |
https://twitter.com/jpnm_official | |
https://www.instagram.com/jpn_official |